1. Sudah tentu ramai peminat bolasepak tempatan kecewa dengan keputusan ini. Melepaskan gol-gol mudah kepada seteru utama memang susah untuk diterima. Bagaimanapun, saya ingin mengupas beberapa aspek taktikal ataupun teknikal yang boleh kita sama-sama renungkan.
2. Sesudah mendahului pada minit pertama melalui Safee Sali, Pemain-pemain Malaysia nampak hilang fokus dan mula bersikap sambil lewa. Mudah hilang bola, mengasari lawan di kawasan-kawasan yang boleh mengancam kubu negara. Safiq Rahim dan Amar Rohidan tidak bermain seperti biasa, malah kegugupan Ismail Farouqi terserlah. Kegagalan menguasai bahagian tengah menjadi punca Singapura mudah menyalurkan bola kepada pemain-pemain sayap kelahiran China iaitu Qui Li dan Shia Jiyi.
3. Keputusan Datuk k Rajagobal menamakan Ismail farouqi dan Ahmad Fakri di dalam kesebelasan utama terbukti kesilapan besar. Selain formasi yang baru, posisi sayap kanan yang diberi kepada Ahmad Fakri tidak berkesan langsung. Ismail farouqi yang baru mendapat kemunculan pertama untuk pasukan kebangsaan gagal menyesuaikan diri dengan suasana bolasepak antarabangsa.
4. Persembahan hambar penjaga gol Sharbinee juga perlu diberi perhatian serius oleh Datuk K Rajagobal. 3 gol pertama yang dilepaskan telah memperlihatkan kurangnya percubaan beliau untuk sekurang-kurangya melayangkan badan bagi menepis bola. Sekiranya khairul Fahmi masih cedera, saya cadangkan agar Nasril Nourdin diturunkan untuk perlawanan kedua di Bukit Jalil nanti.
5. Gandingan pertahanan tengah Muslim Ahmad serta Fadhli Shas mula meragukan saya. Sejak memenangi piala AFF disember lalu, mereka telah membina reputasi sebagai pasangan pertahanan yang mantap dan efektif. Namun, seperti pemain bolasepak biasa yang lain, mereka juga akan melalui pasang surut dari segi persembahan. Mungkin ramai yang lupa mereka baru berumur awal 20 an, tetapi 'expectation' yang tinggi oleh peminat mungkin memberi tekanan kepada mereka. Mungkin Datuk rajagobal perlu mengkaji semula posisi ini agar tidak menjadi terlalu automatik kepada pemain tertentu.
6. Walaupun persembahan yang kurang memberangsangkan, namun dari segi positif, kita telah berjaya mendapatkan 3 gol ditempat lawan. Oleh itu, kita perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 di Bukit Jalil nanti. Saya berpendapat kita perlu perbaiki mutu bertahan dan mencari gol awal untuk mengurangkan tekanan.
7. Saya berharap pemain-pemain dan penyokong tidak berputus asa. Kita masih ada tugas yang perlu diselesaikan di Bukit Jalil Khamis ini. Dan tak mustahil, tugas tersebut boleh diselesaikan..insya Allah. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!
parok kalo gini...
ReplyDelete