1. Setelah meneliti dua perlawanan Malaysia menentang 'penjajah' baru-baru ini, saya rumuskan satu perkara penting. DISIPLIN TAKTIKAL.
2. Kita memang maklum walaupun pasukan penjajah tidak bermain di tahap 100% dari segi komitmen dan kecergasan namun kebanyakan gol yang dilepaskan adalah berpunca dari kelalaian pasukan Malaysia sendiri.
3. Pada perlawanan sabtu lalu, setelah mengikat lawan menerusi sepakan percuma taraf dunia kapten Safiq Rahim, Malaysia kembali lalai di separuh masa kedua hingga membenarkan pasukan penjajah mendahului 1-4. Gol-gol yang dilepaskan berpunca dari longgarnya disiplin bahagian tengah dan pertahanan. Kita kerap hilang bola dengan mudah, tiada komunikasi antara pemain, 'marking' atau kawalan yang longgar apabila bola di kaki lawan.
4. Kita perlu belajar bagaimana pasukan penjajah ini mampu mengawal penguasaan bola (possesion) serta gerakan-gerakan berpasukan yang mampu menembusi kubu lawan dengan mudah.
5. Menjelang perlawanan sabtu ini menentang Singapura, saya harap Datuk Rajagobal memperkemaskan penguasaan bola, bertahan secara unit, dan meminimakan kesilapan di bahagian pertahanan. Mereka harus segera fokus kepada perlawanan 23 haribulan ini...Tanah Tumpahnya Darahku!!!
Don't worry bro..Malaysia main da ok da tu. Hari tu padang kan basah..and Rajagopal asyik tukar2 pemain (nak pilih pemain katenye)..tak bleh nak bermain dgn baik. Kalau ikut agregat, aku yakin Malaysia bleh menang..sebab 2nd leg lawan kat Bukit Jalil..so, peluang nak tewaskn Singapore tu memang cerah.
ReplyDelete