2. Dari awal musim lagi, kualiti muka-muka baru ke skuad Selangor musim 2011 tidak cukup memberangsangkan. Fadzli Shaari, Azidan, Yosri, Sritharan tidak menunjukkan kesungguhan FAS untuk meningkatkan kualiti skuad. Nama-nama seperti di atas tidak menepati prestij dan cita-cita Selangor yang sekian lama merupakan tradisi bolasepak Malaysia.
3. Kehilangan Safee Sali sedikit sebanyak merencatkan serangan Selangor, manakala Rudie Ramli, Amri Yahyah dan lain-lain gagal merapatkan jurang yang ditinggalkan Safee.
4. Sokongan penyokong terhadap pasukan Selangor merosot, walaupun di sebahagian besar musim, Selangor menggunguli carta liga. Stadium Shah Alam agak lengang dan sepi walaupun Selangor dianggotai 6 orang pemain kebangsaan yang menjuarai piala AFF. Apa yang sudah berlaku? Selangor yang punya tradisi penyokong fanatik kini berdepan kehilangan pendokong setia. Moga FAS meneliti perkara ini.
5. Corak permainan Selangor hambar serta mudah dipatahkan. Sudah tiba masanya K Devan mengubah sistem latihan, mengubah taktik dan mungkin juga merehatkan beberapa pemain yang nampak ketara keletihan. Selangor perlu bangkit dengan segera!
memang faham sangat kekecewaan dlm penulisan saudara Nizar.tidak perlu perubahan drastik..mungkin pemain2 sudah mula kepenatan dan minda sudah hilang fokus akibta jadal perlawanan yang begitu padat..Its how K.Devan to motivate his players during busy month now and after..Lihat saja kelantan yang tewas di tempat sendiri kepada T-team..saingan liga juga bertambah sengit dengan Terengganu, kelantan dan selangor sering bertukar2 kedudukan..Sedang kan pemain2 bertaraf professional mcm Arsenal juga boleh hilang fokus menuju kehujung musim..inikan pula pemain malaysia..Tanah Tumpah Darahku..
ReplyDelete