1. Saya bukan peminat Barcelona mahupun Manchester United. Tapi saya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan ini di Wembley bagi merebut piala juara-juara eropah. Saya berniat untuk melihat 'peperangan taktikal' yang digunakan oleh kedua pengendali pasukan.
2. Seperti yang diduga, Barcelona tampil dengan 4-3-3 manakala United kali ini tidak mahu melakukan kesilapan yang sama pada tahun 2009, Sir Alex telah kembali ke formasi tradisi 4-4-2. Setelah melihat kesebelasan utama United yang menampilkan Michael Carrick bersama Ryan Giggs di bahagian tengah, itu adalah petunjuk jelas bahawa United bakal berdepan masalah.
3. Di kesebelasan barcelona pula, hanya Javier Mascherano sahaja yang bertindak di luar posisi kegemarannya, iaitu pertahanan tengah berganding bersama Gerard Pique. Manakala posisi yang lain, dihuni pemain-pemain lazim seperi Xavi, Iniesta, Pedro, Busquets, Messi dan Villa.
4. Ramai yang berkata, malah saya sempat bertanya kepada beberapa penyokong veteran United tentang punca kekalahan ini, rata-rata mereka beranggapan Barcelona layak dinobatkan sebagai juara. Berdasarkan bakat, persefahaman, tahap skill pemain, konsistensi, kebijaksanaan serta ketepatan (accuracy) secara keseluruhan meletakkan Barcelona berada di kelas yang berbeza.
5. Mengapa konsep bolasepak yang dibawa oleh barcelona ini sangat berjaya? saya akan huraikan untuk renungan kita di Malaysia ini, bersama. faktor utama kejayaan Barcelona 3 ke 4 musim kebelakangan ini adalah disebabkan:
6. Kejayaan struktur akademi bolasepak FC Barcelona. Bagi saya ini adalah jawapan tepat kepada semua pemilik kelab bolasepak, persatuan bolasepak negeri. Ini adalah struktur terbaik untuk mengukir kejayaan jangka masa panjang. Akademi bolasepak yang di gelar 'La Masia' terletak berhampiran dengan stadium Nou Camp ini menyediakan suasana kondusif kepada para pelajar.
7. kesemua perbelanjaan di La Masia di tanggung sepenuhnya oleh kelab. Kos seperti makanan, bahan mengajar, gaji guru dan kemudahan infrastruktur latihan dibiayai sepenuhnya oleh FC Barcelona. Kepada semua Persatuan Bolasepak negeri di Malaysia, adakah kalian melihat dan mengkaji perkara ini?
8. Rutin pelajar setiap hari adalah, pergi ke sekolah setiap pagi dan pulang ke akademi pada 2 petang serta menjamu makan tengah hari. Latihan padang akan bermula 5pm hingga 6.30 pm. Begitu juga dengan kemudahan bilik komputer, bilik bacaan serta tuition di sebelah malam bagi mengulangkaji pelajaran.
9. Berbekalkan perancangan yang begitu rapi, tidak mustahil mereka mampu bermain secara kolektif, begitu yakin bermain hantaran pendek, bertukar-tukar posisi dengan cepat, kawalan bola yang begitu kemas dan bertahan secara berkumpulan. Disiplin tinggi seperti ini tidak mungkin dibina dalam sekelip mata. Konsep permainan ala barcelona hanya boleh dipupuk jika mempunyai sistem yang tersusun seperti di La masia.
10. Saya berdoa suatu hari nanti akan ada anak Malaysia yang layak memasuki La Masia dan beraksi untuk pasukan senior FC BARCELONA.
No comments:
Post a Comment