1. Rasuah dan penetapan keputusan perlawanan adalah dua aktiviti yang saling berkaitan yang mana kesannya sangat buruk, bukan sahaja kepada sukan bolasepak, malah kepada keseluruhan institusi moral sesebuah negara.
2. Penetapan keputusan perlawanan juga boleh disamakan dengan penipuan. Ini adalah kerana kebanyakan perlawanan yang belum berlangsung sudah di tentukan keputusannya menerusi beberapa persetujuan 'di balik tabir' antara si pemberi rasuah, pegawai sesebuah pasukan/ pemain sesebuah pasukan yang terlibat. Mereka akan terlibat dalam aktiviti tawar-menawar 'harga' sesuatu perlawanan. Setelah 'harga' tertentu di persetujui semua pihak yang terbabit, pembayaran akan dibuat oleh si pemberi rasuah kepada pegawai/pemain tadi.
3. Si pemberi rasuah lazimnya adalah terdiri daripada mereka yang menganjurkan skim perjudian haram, dan mereka mahukan perlawanan yang terlibat berakhir seperti yang mereka telah rancangkan. Contohnya, mereka mahu perlawanan antara pasukan ABC dengan pasukan DEF berakhir dengan keputusan pasukan ABC menang 2-0. Sekiranya pemain-pemain yang terlibat telah menjalankan tugasnya dengan sempurna sehingga berjaya menghasilkan keputusan 2-0 itu, maka pengajur judi haram itu tadi akan mengaut keuntungan berlipat ganda kerana kebanyakan hantu judi telah meneka pasukan DEF sebagai pemenang.
4. Tidak cukup dengan hasil keputusan, beberap insiden lain turut ditentukan oleh pemberi rasuah atau bookie ini. Soal siapa yang menjaringkan gol, berapa kad kuning, berapa kad merah, gol sendiri, pertukaran pemain keluar dan masuk juga antara beberapa perkara yang telah ditetapkan.
5. Penerangan di atas hanyalah contoh skim perjudian haram yang asas, tetapi pada hari ini ada banyak lagi sindiket bookie yang beroperasi dengan kaedah yang lebih kompleks dan lebih licik. Ini berikutan dengan adanya kemudahan teknologi yang mudah untuk didapati dan diselengarakan.
6. Oleh itu, saya cadangkan agar beberapa langkah di ambil untuk membendung gejala rasuah ini: (1) Setiap pegawai/pemain setiap pasukan liga super, perdana, piala presiden, piala FAM hendaklah menjalani sesi audit dalaman yang dikelolakan oleh SPRM serta sebuah firma audit bebas. (2) Gaji pegawai dan pemain tidak boleh terlalu murah, dan tidak terlalu mahal. bagi gaji pemain, di cadangkan pemain yang baru menyertai skuad utama (sebelum ini pasukan presiden) diberi gaji sekitar RM 5000.00. Bagi pemain senior (bermain dengan skuad senior dua tahun dan ke atas) di cadangkan diberi Gaji sekitar RM 8000.00. Bagi pemain yang pernah/sedang bermain untuk pasukan kebangsaan di cadangkan gaji sekitar RM 12,000.00 ke RM 15,000.00. Gaji serta lain-lain kemudahan yang kompetitif akan membantu pemain-pemain untuk menjauhi rasuah.
7. Kerjasama antara FAM dengan interpool juga penting bagi mematahkan rangkaian bookie yang melangkaui sempadan negara ini. Peringatan kepada pemain/pegawai perlu dilakukan sekerap yang mungkin. Saya berharap kesemua yang terlibat dalam organisasi FAM atau persatuan bolasepak negeri dan kelab supaya bersungguh-sungguh memerangi ancaman rasuah ini seperti yang di laungkan oleh FIFA baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment