1. Terdapat desas-desus bahawa akan berlaku perubahan format untuk liga Super Malaysia tahun 2012. Ada khabar angin mengatakan jumlah pasukan yang bertanding akan dikurangkan ke 12 pasukan berbanding 14 pasukan yang ada sekarang.
2. Bila jumlah dikurangkan, maka akan ada play-off antara pasukan di Liga Perdana yang bersaing tempat untuk ke Liga Super. Khabar angin seperti ini sangat-sangat tidak menyenangkan hati malah saya berharap ianya TIDAK menjadi kenyataan.
3. Format yang sedang digunakan ketika ini pada saya sudah memadai, bahkan perlu ditambahbaikkan lagi tahap 'kompetitif'nya supaya kita mampu melahirkan pemain-pemain yang bermutu tinggi. Jumlah pasukan perlu DITAMBAH ke 16 pasukan. Manakala Persatuan Bolasepak Negeri dan Kelab yang bertanding wajib menilai kemampuan kewangan masing-masing sebelum membeli pemain import.
4. Pastikan gaji pemain, caruman KWSP dan lain-lain jenis elaun kepada pemain serta pegawai mampu dibayar oleh Persatuan Bolasepak Negeri atau Kelab. Bagi saya keperluan-keperluan asas seperti ini perlu diutamakan sebelum kita nak ubah format liga kepada bentuk yang lebih pelik lagi. Jangankan kita sibuk hendak ubah format liga, hingga perkara asas terabai. Jika perkara-perkara asas seperti yang disebutkan tadi gagal dipelihara, maka Liga kita bukan lagi Liga Profesional.
5. Pasukan yang menjuarai Liga Perdana hendaklah diberi kelayakan secara automatik ke Liga Super. Ini bagi memberi insentif serta penghargaan kepada pemenang Liga Perdana. Manakala pasukan di tempat ke dua dan ketiga boleh diberi perlawanan play-off untuk merebut tempat kedua ke Liga Super.
6. Format Liga tidak boleh ditukar sesuka hati untuk setiap musim. Ini penting kerana setiap pasukan sudah mempunyai perancangan mereka sendiri. Pasukan yang berhak layak ke Liga Super hendaklah diberi haknya. Manakala pasukan yang menghuni 2 tempat terbawah Liga Super hendaklah disingkir ke Liga Perdana.
No comments:
Post a Comment