Thursday, June 30, 2011

Skuad Harimau boleh menang di Taipei jika...

1. Rata-rata peminat bolasepak tempatan tidak berpuashati dengan persembahan pasukan kebangsaan ketika mengalahkan Chinese Taipei semalam di Bukit Jalil.

2. Pada 20 minit pertama pasukan negara nampak tidak serasi malah kurang selesa mengawal bola. Pasukan pelawat memperolehi 2 peluang melalui percubaan ke gawang Sharbinee. Di barisan depan, Safee Sali nampak masih kurang cergas sepenuhnya dan pergerakan beliau sangat terbatas.

3. Bagaimanapun, saya rumuskan secara keseluruhan bahawa kehambaran pasukan negara disebabkan beberapa sebab. (1) Pemilihan pemain yang tidak tepat. Pemain bek kanan Helmi nampak tenggelam dengan arus permainan di peringkat antarabangsa. Badrol Bakhtiar serba tidak menjadi malah saya fikir dia wajar diletak di bangku simpanan di Taipei nanti. Safee Sali tidak sepatutnya diturunkan kerana tercedera ketika sesi latihan terakhir.

4. Sebab kedua (2), 'complacency' atau sikap sambil lewa sesudah mendahului 2-0. Jaringan tunggal lawan diperolehi hasil daripada lontaran ke dalam, beberapa pemain lawan tidak di kawal maka mereka bebas melakukan pergerakan ke dalam kotak penalti. Begitu juga beberapa peluang yang lain diperolehi Chinese taipei hampir-hampir dapat menambah jaringan.

5. Kita perlu memandang ke depan. Pada hari ahad nanti, disarankan pasukan negara melakukan beberapa perubahan supaya kita dapat mengimbangi pasukan lawan lantas mengukuhkan cengkaman untuk mara ke pusingan seterusnya.

6. Saya cadangkan formasi 4-2-3-1. Sharbinee, Mahali, Muslim, fadhli, Asra, Guru, Shakir, Safiq, Kunanlan, Chanturu, Hadi.

7. Saya jangka Chinese Taipei akan menyerang untuk sekurang-kurangnya mendapat satu gol. 1-0 sudah cukup membawa mereka pusingan seterusnya. Oleh itu saya cadangkan Malaysia meletakkan 2 orang 'holding' midfielder (Guru dan Shakir) untuk menguasai bahagian tengah. Beri Safiq tugasan khas atau 'free role' yang membenarkan beliau lebih banyak membantu gerakan serangan.

8. Letak kunanlan di sayap kiri dan Chanturu di sayap kanan. Kedua-dua pemain sayap ini mempunyai stamina yang bagus untuk melakukan larian di sebelah kiri dan kanan, malah mereka mampu berlari turun dan naik sepanjang 90 minit. kepantasan mereka adalah aset utama kita.

9. Sekiranya Norsharul dan Safee masih belum cergas, maka pilihan penyerang terbatas kepada hadi Yahya. Bagaimanapun, saya yakin beliau mampu meledakkan sekurang-kurangnya satu gol.

10. Saya berdoa pasukan negara mampu mengimbangi permainan lawan, malah mampu juga mendapatkan gol di tempat lawan. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!

1 comment:

  1. dia mmg terbaik, tp syg xramai management yang nak ikut dia, as a simple word is, we should follow the champions, but they dont want, most of us are stupid, mcm saya alami sendiri, mereka x faham apa mksud pembangunan, sedangkan tan sri sendiri ambik mase 5 tahun sbelum kelantan bjaya menang cup.

    ReplyDelete