1. Berdasarkan prestasi semasa Harimau Muda di saingan Liga Super telah meyakinkan saya bahawa skuad ini sekurang-kurangnya bakal mendominasi perlawanan persahabatan dengan pasukan utama kemboja. Bagaimanapun, penyakit lama bolasepak Malaysia berulang di Pnom Penh, Kemboja sebentar tadi.
2. Malaysia kali ini tampil dengan persembahan bersahaja, tidak kreatif malah kerap hilang bola di kawasan sendiri. Di awal 20 minit, tiada kelibat hantaran pendek yang kemas, kurang persefahaman di antara pemain serta tidak ada 'off the ball movement' yang dilakukan pemain lain bagi membuka ruang. Agak mengecewakan bagi sebuah pasukan yang sudah bersama sekian lama.
3. Gol pertama dan juga gol tunggal perlawanan diperolehi oleh pasukan tuan rumah, hasil hantaran lintang dari sebelah kanan mencari pemain sayap mereka di sebelah kiri. Bola itu berjaya menemui pemain yang disasarkan, serta mudah mengatasi Mahali Jasuli sebelum masuk ke kawasan penalti. Dia seterusnya mengelecek Muslim Ahmad dan melepaskan rembatan rendah menewaskan Khairul Fahmi Che mat. Gol yang sepatutnya boleh dielakkan oleh benteng yang menggunguli piala AFF.
4. Secara umum di separuh masa pertama, saya simpulkan persembahan 'below par' oleh skuad kendalian Ong Kim Swee. Mungkin ada sesuatu masalah disebalik penurunan persembahan mereka, saya harap apa pun masalah itu, hendaklah diselesaikan secepat mungkin.
5. Separuh masa kedua menyaksikan sedikit peningkatan dari segi tempo permainan Harimau Muda. Hujan lebat telah menyukarkan lagi usaha Malaysia kerana padang becak menggangu 'game plan' pasukan negara.
6. Izzaq Farris tidak mempunyai satu pun cubaan berbahaya ke kubu lawan. Wan Zack haikal tidak bermain seperti biasa, malah nampak keletihan. Fandi Othman gagal melakukan larian-larian yang boleh menggugat kubu lawan. Irfan fazail serta Gary Steven kerap kehilangan bola. Shukor mat jusoh pula tenggelam tidak memberi sebarang peranan. Walaupun setelah kemboja bermain dengan sepuluh orang, Malaysia masih gagal menembusi kubu tuan rumah.
7. Ong kim Swee perlu meneliti masalah ini dengan serius kerana pusingan kelayakan olimpik semakin hampir. Persembahan di kemboja amat mendukacitakan.
No comments:
Post a Comment