1. Pasukan bimbingan Ong Kim Swee nampak gugup di awal permainan. Maklum sajalah, ini merupakan perlawanan bolasepak kompetitif paling tinggi pernah diharungi oleh skuad harimau muda negara. Suasana, persekitaran stadium juga jelas bertaraf dunia.
2. Walaupun pasukan ini telah berguru di Slovakia, diberi tempat di liga super tempatan dan majoriti pemain dilahirkan dari sekolah sukan bukit Jalil, namun jurang tahap bolasepak antara Malaysia dan Jepun masih jauh. Ya, kita jauh ketinggalan 20 tahun. Buktinya, pada minit ke 10, benteng kita bocor hasil daripada gerakan 'pintar' 3 orang pemain Jepun yang membelah masuk kubu pertahanan negara yang masih tercari-cari rentak permainan.
3. Di separuh masa pertama, ada lebih kurang 5 hingga 6 percubaan bahaya Jepun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang yang juga kapten, Khairul Fahmi Che Mat. Ini termasuk kejayaan beliau menafikan cubaan 'one by one' dengan salah seorang penyerang Jepun. Kesemua ketangkasan Khairul Fahmi yang berjaya meminimakan pesta gol Jepun harus dipandang dari sudut positif. Saya berharap, akan ada kelab dari J LEAGUE yang akan menawarkan kontrak kepada beliau.
4. Keputusan kecundang 2-0 ini harus dipandang dari sudut positif. Ada beberapa tanda bahawa pemain kita sebenarnya boleh bermain bolasepak secara berpasukan. Cuma, kita belum sampai ke tahap di mana Jepun berada sekarang.
5. Jika diteliti persembahan harimau muda tadi, pasukan kita mampu bermain dengan disiplin yang tinggi dan menurut taktik jurulatih. Mereka turun dengan corak 'compact unit' menyerap semua serangan lawan dan melancarkan serangan balas mengejut jika ada ruang untuk melakukannya.
6. Malangnya setelah berhempas pulas merampas bola dari kaki sang samurai, pemain kita tidak mempunyai pilihan bagi membuat hantaran kepada rakan lalu bola tersebut akhirnya dirampas semula oleh pemain Jepun.
perkara ini berlaku kerana 2 faktor:
7. (A) Pertama, Pasukan Jepun pantas mengamalkan 'closing down' ataupun 'preasure' ke atas lawan yang memiliki bola. Mereka dalam bilangan yang ramai pantas menutup ruang sehingga pemain Malaysia kesuntukan masa untuk berfikir ke mana bola itu harus di mainkan. (B) Kedua, Pemain kita masih belum mahir dalam permainan berpasukan secara kolektif. Dengan kata lain, pemain negara kurang mahir dengan skil 'ball possession'. Apa yang harus dibuat apabila rakan kita memperolehi bola? Kita sepatutnya dengan pantas mencari/buka ruang dan membantu beliau untuk memudahkannya menghantar kepada rakan yang lain.
8. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, kunci utama bolasepak moden adalah: semakin lama bola berada di pihak kita, semakin tinggi peluang untuk menang. Untuk mengekalkan penguasaan bola, tidak ada cara atau kaedah lain yang terbaik melainkan menekankan falsafah 'possesion football'. Falsafah ini tidak boleh dilaksanakan sehari dua, tetapi ia seharunya ditanamkan sejak bangku sekolah lagi.
9. Jadikan perlawanan ini sebagai iktibar. Perlawanan ini juga memperlihatkan satu-satunya peluang keemasan yang diperolehi pasukan negara oleh Fandi Othman disia-siakan. Itu buktinya pasukan Jepun boleh dikalahkan jika kena caranya. Imposible is nothing.
No comments:
Post a Comment