1. Saya sering terfikir bagaimana untuk mewujudkan suasana bolasepak yang lebih menyeluruh dan membabitkan lebih banyak pihak sehingga ke peringkat akar umbi. Senario bolasepak di Malaysia secara tradisi lebih mengutamakan pasukan negeri. Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita tambahkan lagi saingan bolasepak dengan menarik penyertaan pasukan kelab di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
2. Di peringkat daerah-daerah, saya dapati ada banyak pasukan kelab bertanding di sesuatu liga anjuran Persatuan bolsepak Negeri. Pasukan-pasukan kelab ini juga melahirkan ramai bakat muda yang boleh diketengahkan. Tetapi, sayang sekali tidak semua yang bertuah untuk menembusi dan mengisi tempat di dalam skuad utama negeri yang bertanding di Liga Super ataupun Liga Perdana.
3. Bakat-bakat yang ramai ini tak boleh dipersiakan. Oleh itu, saya cadangkan agar pasukan bertaraf kelab ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menjuarai Liga di peringkat negeri dan kemudiannya mencuba nasib untuk layak ke Liga FAM.
4. Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus bersama-sama menyokong kelab komuniti masing-masing dengan memberi sokongan dalam bentuk prasarana dan kemudahan sukan yang berpatutan. PBT sekurang-kurangnya mengambil inisiatif membina stadium yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat dan juga untuk perlawanan bolasepak yang membabitkan kelab dari kawasan berkenaan.
5. Saya yakin, masyarakat setempat juga akan sama-sama datang ke stadium untuk menyokong kelab komuniti mereka. Stadium yang akan dibina tidak perlu besar dan menelan belanja yang besar. Cukup dengan stadium berkapasiti 10,000 tempat duduk adalah memadai untuk mana-mana komuniti yang ingin melihat pasukan kelab mereka bermain dengan selesa.
6. Pihak PBT pula tidak mengalami kerugian kerana mereka juga boleh mendapat hasil melalui sewa, gerai-gerai dan sebagainya. Sekiranya setiap PBT memainkan peranan yang positif, saya yakin faedahnya akan dapat kepada pasukan kelab yang sememangya banyak bersaing di peringat akar umbi.
No comments:
Post a Comment