1. Rata-rata peminat bolasepak tempatan tidak berpuashati dengan persembahan pasukan kebangsaan ketika mengalahkan Chinese Taipei semalam di Bukit Jalil.
2. Pada 20 minit pertama pasukan negara nampak tidak serasi malah kurang selesa mengawal bola. Pasukan pelawat memperolehi 2 peluang melalui percubaan ke gawang Sharbinee. Di barisan depan, Safee Sali nampak masih kurang cergas sepenuhnya dan pergerakan beliau sangat terbatas.
3. Bagaimanapun, saya rumuskan secara keseluruhan bahawa kehambaran pasukan negara disebabkan beberapa sebab. (1) Pemilihan pemain yang tidak tepat. Pemain bek kanan Helmi nampak tenggelam dengan arus permainan di peringkat antarabangsa. Badrol Bakhtiar serba tidak menjadi malah saya fikir dia wajar diletak di bangku simpanan di Taipei nanti. Safee Sali tidak sepatutnya diturunkan kerana tercedera ketika sesi latihan terakhir.
4. Sebab kedua (2), 'complacency' atau sikap sambil lewa sesudah mendahului 2-0. Jaringan tunggal lawan diperolehi hasil daripada lontaran ke dalam, beberapa pemain lawan tidak di kawal maka mereka bebas melakukan pergerakan ke dalam kotak penalti. Begitu juga beberapa peluang yang lain diperolehi Chinese taipei hampir-hampir dapat menambah jaringan.
5. Kita perlu memandang ke depan. Pada hari ahad nanti, disarankan pasukan negara melakukan beberapa perubahan supaya kita dapat mengimbangi pasukan lawan lantas mengukuhkan cengkaman untuk mara ke pusingan seterusnya.
6. Saya cadangkan formasi 4-2-3-1. Sharbinee, Mahali, Muslim, fadhli, Asra, Guru, Shakir, Safiq, Kunanlan, Chanturu, Hadi.
7. Saya jangka Chinese Taipei akan menyerang untuk sekurang-kurangnya mendapat satu gol. 1-0 sudah cukup membawa mereka pusingan seterusnya. Oleh itu saya cadangkan Malaysia meletakkan 2 orang 'holding' midfielder (Guru dan Shakir) untuk menguasai bahagian tengah. Beri Safiq tugasan khas atau 'free role' yang membenarkan beliau lebih banyak membantu gerakan serangan.
8. Letak kunanlan di sayap kiri dan Chanturu di sayap kanan. Kedua-dua pemain sayap ini mempunyai stamina yang bagus untuk melakukan larian di sebelah kiri dan kanan, malah mereka mampu berlari turun dan naik sepanjang 90 minit. kepantasan mereka adalah aset utama kita.
9. Sekiranya Norsharul dan Safee masih belum cergas, maka pilihan penyerang terbatas kepada hadi Yahya. Bagaimanapun, saya yakin beliau mampu meledakkan sekurang-kurangnya satu gol.
10. Saya berdoa pasukan negara mampu mengimbangi permainan lawan, malah mampu juga mendapatkan gol di tempat lawan. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!
Thursday, June 30, 2011
Thursday, June 23, 2011
Malaysia kembali ke peta bolasepak Asia
1. Saya sudah menjangkakan sesuatu yang positif mampu dicapai oleh skuad Ong Kim Swee malam ini. Seperti tulisan saya sebelum ini, skuad Harimau Muda telah bermain dengan keyakinan yang tinggi malah Lebanon bernasib baik untuk tidak kecundang di Beirut.
2. Walaupun kita maklum kebanyakan pasukan dari timur tengah mempunyai kelebihan dari segi kemahiran teknikal individu, namun formula Ong Kim Swee yang bijak memaksimumkan kemahuan pemain untuk bekerja sebagai satu unit telah membuahkan hasil.
3. Jaringan Irfan Fazail seawal minit ke sembilan membuktikan kesungguhan Malaysia untuk memburu tempat ke kelompok 12 terbaik asia sebelum menentukan perhitungan di peringkat seterusnya. Begitu juga jaringan Wan Zack Haikal yang saya anggap telah memeranjatkan pasukan Lebanon.
4. Hanya kad kuning kedua Gary Steven Robbart agak menggusarkan saya, kerana kedua-dua 'foul' yang beliau lakukan adalah kerana kesilapan beliau sendiri. Harapan saya agar Gary belajar dari kesilapan ini. Bagaimanapun, Gary adalah pemain yang berkualiti, dan saya percaya beliau layak untuk bermain di eropah kerana permainan beliau mirip Claude Makalele.
5. Tahniah kepada skuad Harimau Muda, anda layak untuk diberi ruang berpesta sehari dua ini, tetapi Ong Kim Swee harus memikirkan strategi untuk pusingan seterusnya dimana undian akan dilakukan 7 Julai ini. Tahniah dan teruskan usaha anda.

Monday, June 20, 2011
Harimau Muda mampu baham lebanon
1. Melihat kepada aksi anak buah ong Kim Swee semalam, ternyata peluang kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Malaysia berjaya menyaingi Lebanon yang mempunyai kelebihan fizikal.
2. Bermula dengan agak gemuruh, bagaimanapun skuad muda negara berjaya bermain mengikut rentak sendiri dan keyakinan itu meningkat setelah beberapa hantaran kemas berjaya disempurnakan. Lebih menarik, penyerang negara Izzaq faris berjaya mengatasi pertahanan Lebanon setiap kali bersaing untuk bola hantaran jauh dan tinggi.
3. Pemain-pemain negara telah berjaya melepaskan lebih kurang 5 percubaan tepat ke gawang Lebanon, tidak termasuk peluang yang dimiliki oleh Wan ZaharulNizam yang agak lambat melepaskan rembatan meskipun tinggal hanya berdepan penjaga gol Lebanon.
4. Saya rumuskan kemampuan Malaysia menyaingi Lebanon semalam disebabkan oleh keputusan bijak Ong Kim Swee meletakkan 2 holding midfielder iaitu Gary Steven Robbart dan Gurusamy. Ini membolehkan seorang lagi pemain tengah iaitu Irfan fazail bergerak bebas sebagai pemain tengah menyerang (attacking Midfielder) dan membuka ruang buat Izzaq faris.
5. Saya anggap perlawanan kedua di Bukit Jalil Khamis ini sebagai 'final' yang perlu diberi perhatian yang serius oleh Ong Kim Swee. Kelemahan utama pasukan lebanon adalah di bahagian pertahanan kiri dan kanan. Ini terbukti apabila pemain-pemain sayap negara beberapa kali berjaya menembusi pertahanan mereka melalui bahagian yang disebut tadi.
6. Saya menyeru semua penyokong pasukan harimau malaya untuk turun ke Bukit Jalil Khamis ini dan beri sokongan tak berbelah bagi kepada pasukan negara. Tanah tumpahnya darahku...

Saturday, June 18, 2011
Baddrol Bakhtiar kembali di pentas antarabangsa
1. Pemain ini saya anggap punya kelebihan dari segi kreativiti, skil menggelecek serta ketajaman rembatan dari kedua belah kakinya. Secara 'natural' nya, kekuatan beliau adalah di sebelah kaki kanan, tetapi beliau juga mampu menghasilkan jaringan menggunakan kaki kiri.
2. Seperti yang pernah beliau pamer ketika membantu Malaysia memenangi pingat emas sukan SEA 2009, kini sudah ada tanda-tanda beliau akan kembali sebagai watak utama didalam skuad utama Datuk K Rajagobal.
3. Datuk k Rajagobal nampaknya sudah memiliki ramuan serta skuad yang difikirkan dapat memberi saingan ke atas Taiwan menjelang pusingan kelayakan piala dunia tidak lama lagi.
4. Kehadiran Baddrol memberi pilihan kepada datuk Rajagobal dalam memilih taktik yang berlainan bagi setiap perlawanan serta menghadapi lawan yang berbeza.

Wednesday, June 15, 2011
Perangi rasuah dan 'match fixing'
1. Saya anggap masalah ini adalah yang paling utama untuk diatasi. Ia seumpama berperang dengan syaitan. Kita boleh bina pasukan dari seawal 6 tahun, kita boleh bina stadium yang bertaraf dunia, kita boleh anjur Liga profesional, tapi kita sukar untuk mengharungi pertarungan dengan 'NAFSU'.
2. Bookie atau sindiket mengatur perlawanan telah lama wujud dan mereka kini sedang kembali aktif menjajah pemain tempatan untuk mengaut keuntungan haram menerusi aktiviti rasuah. Terbaru, semakin banyak pendedahan terhadap sindiket ini yang memberi rasuah kepada pemain-pemain muda di piala presiden (Equivalent to reserve league)
3. Persatuan bolasepak Negeri seharusnya mengetatkan pemantauan terhadap semua pegawai serta pemain yang berada di bawah tanggungannya. Pemantauan yang ketat seperti sesi audit dalaman seharusnya diperkenalkan kepada semua staf dan pemain.
4. Gaji pemain skuad utama dan skuad piala presiden hendaklah berpatutan supaya pemain tidak mudah 'dipancing' oleh pemberi rasuah. Gaji minimum pemain muda dicadangkan sebanyak RM 4,000.00, serta kontrak selama 2 tahun.
5. Khidmat kaunseling perlu disediakan sekiranya pemain berdepan masalah kewangan atau masalah lain. Ini bagi membantu pemain mencari jalan keluar dan tidak mudah mencari sumber yang haram.
6. Pegawai serta pemain hendaklah berfikir panjang sebelum terlibat dengan sindiket haram ini, kerana rasuah boleh menjadi barah. Sekiranya tidak ada kesedaran, maka terkuburlah harapan bolasepak kita untuk pergi lebih jauh. Fikirkanlah.

Saturday, June 11, 2011
Final piala FA: Pastikan kualiti bolasepak mengatasi sorak penonton
1. Saya sudah lama tunggu perlawanan 'east coast derby' ini antara Kelantan dan terengganu. Saya berpendapat Kelantan punya kelebihan kerana mereka kerap ke final 2, 3 tahun kebelakangan ini.
2. Terengganu pula kini berada dalam keadaan off form setelah dua kekalahan berturut-turut di liga Super iaitu kepada Kedah dan Kelantan. Saya jangka kehadiran ramai penyokong dari kedua-dua negeri yang mahu pasukan mereka memenangi final terakhir untuk piala FA edisi kali ini. Mulai tahun depan, piala FA baru akan menggantikan piala yang digunakan sejak tujuh edisi lalu.
3. seperti mana-mana final di pertandingan domestik yang lalu, saya perhatikan ghairah sorak penyokong yang melebihi kualiti bolasepak yang dimainkan di atas padang. Jika anda tidak percaya, sila perhatikan malam nanti berapa banyak 'long ball' atau hantaran jauh yang sia-sia bakal dimainkan. Saya mahukan kualiti dari segi taktikal dan teknikal dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.
4. Juga perhatikan malam nanti berapa banyak mercun di bakar serta penggunaan 'lazer' oleh penyokong. Saya harap tidak ada kejadian yang buruk berlaku malam ini.
5. Saya mahu pemain-pemain mengekalkan semangat kesukanan serta pamerkan mutu permainan bolasepak yang tinggi.

Tuesday, June 7, 2011
HARIMAU MUDA telan realiti pahit di Kemboja
1. Berdasarkan prestasi semasa Harimau Muda di saingan Liga Super telah meyakinkan saya bahawa skuad ini sekurang-kurangnya bakal mendominasi perlawanan persahabatan dengan pasukan utama kemboja. Bagaimanapun, penyakit lama bolasepak Malaysia berulang di Pnom Penh, Kemboja sebentar tadi.
2. Malaysia kali ini tampil dengan persembahan bersahaja, tidak kreatif malah kerap hilang bola di kawasan sendiri. Di awal 20 minit, tiada kelibat hantaran pendek yang kemas, kurang persefahaman di antara pemain serta tidak ada 'off the ball movement' yang dilakukan pemain lain bagi membuka ruang. Agak mengecewakan bagi sebuah pasukan yang sudah bersama sekian lama.
3. Gol pertama dan juga gol tunggal perlawanan diperolehi oleh pasukan tuan rumah, hasil hantaran lintang dari sebelah kanan mencari pemain sayap mereka di sebelah kiri. Bola itu berjaya menemui pemain yang disasarkan, serta mudah mengatasi Mahali Jasuli sebelum masuk ke kawasan penalti. Dia seterusnya mengelecek Muslim Ahmad dan melepaskan rembatan rendah menewaskan Khairul Fahmi Che mat. Gol yang sepatutnya boleh dielakkan oleh benteng yang menggunguli piala AFF.
4. Secara umum di separuh masa pertama, saya simpulkan persembahan 'below par' oleh skuad kendalian Ong Kim Swee. Mungkin ada sesuatu masalah disebalik penurunan persembahan mereka, saya harap apa pun masalah itu, hendaklah diselesaikan secepat mungkin.
5. Separuh masa kedua menyaksikan sedikit peningkatan dari segi tempo permainan Harimau Muda. Hujan lebat telah menyukarkan lagi usaha Malaysia kerana padang becak menggangu 'game plan' pasukan negara.
6. Izzaq Farris tidak mempunyai satu pun cubaan berbahaya ke kubu lawan. Wan Zack haikal tidak bermain seperti biasa, malah nampak keletihan. Fandi Othman gagal melakukan larian-larian yang boleh menggugat kubu lawan. Irfan fazail serta Gary Steven kerap kehilangan bola. Shukor mat jusoh pula tenggelam tidak memberi sebarang peranan. Walaupun setelah kemboja bermain dengan sepuluh orang, Malaysia masih gagal menembusi kubu tuan rumah.
7. Ong kim Swee perlu meneliti masalah ini dengan serius kerana pusingan kelayakan olimpik semakin hampir. Persembahan di kemboja amat mendukacitakan.

Wednesday, June 1, 2011
Satu lagi pintu ke eropah menunggu untuk di buka!
1. Saya berasa gembira campur berhati-hati apabila terbaca berita bahawa ahli perniagaan terkenal negara Dato Tony Fernandes mengesahkan bahawa beliau sedang membida kelab inggeris yang bakal tersingkir ke liga championship musim depan, West Ham United.
2. Gembira kerana jika beliau berjaya mengambil alih West Ham, pastinya peluang untuk anak-anak muda Malaysia yang berbakat boleh dibawa ke akademi West Ham di London dan diasuh untuk menjadi pemain yang berkaliber seperti Frank Lampard, Michael Carrick, Joe Cole, Rio Ferdinand dan ramai lagi.
3. Ada juga rasa berhati-hati, kerana bimbang bidaan ini tidak berjaya dan meranapkan harapan yang tinggi untuk melihat jenama Malaysia berdiri megah di kota London.
4. Perkembangan terkini seperti ini perlu di ikuti dengan serius oleh FAM dan juga mana-mana Persatuan bolasepak Negeri yang berhasrat untuk menghantar pemain mereka berguru di akademi West Ham United. Tahniah Dato Tony!!

Subscribe to:
Posts (Atom)