1. Pasukan kebangsaan Malaysia yang ada sekarang ketandusan kualiti dari segi kemampuan fizikal, baik dari segi ketinggian mahupun dari segi tegapnya seseorang pemain itu (Muscular).
2. Ada beberapa posisi yang sangat kritikal dan memerlukan kelebihan fizikal untuk bersaing dengan serius di peringkat antarabangsa. Penjaga gol, pertahanan tengah, pemain tengah dan penyerang. Sekurang-kurangnya 4 orang pemain kita perlu mempunyai ketinggian 6 kaki dan ke atas.
3. Kini kita hanya memiliki Izzaq Faris Ramlan sebagai pemain yang memenuhi kriteria itu. Sungguhpun begitu, saya berharap para jurulatih di peringkat akar umbi, dan juga para pencungkil bakat di sekolah-sekolah lebih teliti ketika membuat pemilihan pemain.
4. Ketinggian dan ketegapan pemain penting terutama ketika pasukan negara kehilangan bola dan perlu bertahan. Mempertahankan gol dari ancaman sepakan sudut, sepakan percuma (benteng) dan juga persaingan bola tinggi adalah sangat penting terutama bila berdepan pasukan dari luar Asia Tenggara.
5. Terutama di bahagian pertahanan, Pasukan negara yang sekian lama dikemudi Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan dilihat tidak mampu menjamin kekebalan benteng terutama bila bertemu pasukan yang lebih sasa fizikalnya seperti pasukan dari timur tengah.
6. Ditambah lagi dengan keengganan Datuk k Rajagobal untuk memberi semula peluang kepada Marzuki Yusof (Terengganu) bermain untuk pasukan harimau, Malaysia amat kekurangan pilihan di bahagian pertahanan. (Selain fadhli Shas, Muslim Ahmad, Faizal Muhd)
7. Antara bakat yang boleh digilap sebagai pemain pertahan tengah ialah G Mahathevan yang kini sering memanaskan bangku simpanan Negeri Sembilan. Walaupun ramai yang berpendapat beliau agak perlahan dan tidak 'sharp' ketika menanduk, namun saya lihat dari sudut yang berbeza.
8. G Mahathevan perlu diberi peluang oleh jurulatih untuk memberi yang terbaik. Saya berpendapat posisi terbaik beliau adalah pertahan tengah (Central defender). Cuma, beliau perlu dibimbing untuk meningkatkan lagi mutu tandukan, larian, bentesan, kawalan (marking) serta keupayaan membaca permainan. Kita perlu memanfaatkan kelebihan fizikal beliau secepat mungkin dan seberapa maksima yang mungkin.
Wednesday, October 26, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Pengadil perlu dibantu dengan segera!
1. Berikutan insiden pesta kad merah di Kuala Terengganu tempoh hari, juga setelah menonton Cafe Sukan di Astro selasa lepas...saya mengambil kesimpulan bahawa para pengadil bolasepak di malaysia patut di bantu...dan bukan dicerca.
2. Yang pertama, FAM hendaklah mengkaji semula elaun atau bayaran yang diberi kepada setiap pengadil perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Ini berikutan kos sara hidup, kos pengangkutan yang semakin tinggi boleh menggugat prestasi semasa para pengadil.
3. Yang kedua, Jabatan pengadil di FAM perlu penambahan bilangan pengadil berkualiti yang boleh dibawa ke tengah bagi memberi lebih banyak pilihan di masa akan datang.
4. Ketiga, Undang-undang bolasepak perlu di promosikan dengan lebih kerap ke khalayak umum, bagi mengelak salah faham antara peminat yang datang ke stadium dengan keputusan pengadil yang dikatakan tidak konsisten.
5. Saya bersimpati dengan nasib para pengadil, mereka tidak pernah dihormati, di kenang, tapi rata-rata peminat hanya pandai mencemuh dan mengeji. Pengadil wajib dibantu dengan segera.

Sunday, October 9, 2011
Sistem kejurulatihan perlu dirombak semula
1. Setelah melihat pasukan kebangsaan gagal memberi saingan bermakna kepada Australia, saya mengambil kesimpulan bahawa ada 2 perkara utama yang kita perlu perkemaskan.
2. Pertama, Sistem kejurulatihan di negara ini perlu dirombak dan disusun semula. Struktur jurulatih dan kaedah pengajaran perlu dikaji, dirombak serta diperkasakan lagi bermula dari peringkat sekolah rendah.
3. Guru di sekolah perlu diberi latihan serta ilmu bolasepak agar mereka yang bertugas untuk membimbing pasukan sekolah benar-benar layak dan dapat memberi tunjuk ajar yang sebenar. Ini bagi mempastikan pemain dapat menjiwai apa itu pemain bolasepak sejak dari darjah satu lagi.
4. Pelajar diajar untuk selesa dengan penguasaan bola, berfikir dengan pantas dan berdisiplin sebagai satu unit kental. Dan yang paling penting, pelajar perlulah diajar sejak kecil lagi bagaimana bermain bolasepak melalui falsafah 'Total Football'.
5. 'Total Football' telah diperkenalkan oleh pasukan Belanda di era 1970 an. Bagaimanapun, dari masa ke semasa, pelbagai pasukan telah menggunakan kaedah ini dan memperkemaskan lagi corak permainan yang ditekankan oleh konsep ini. (termasuk Barcelona pada hari ini)
6. 'Total Football' mementingkan penguasaan bola di kalangan pemain, dimana mereka tidak akan melakukan hantaran jauh yang menyusahkan rakan. 'Total football' memberi pemain ruang untuk bergerak ke ruang kosong, bertukar-tukar posisi, 'one touch movement' untuk mengelirukan lawan dan yang menguntungkan ialah pasukan lawan sukar untuk merampas bola lantas sukar untuk menyerang.
7. Malaysia perlu berubah sikap ketika bermain bolasepak. Kita tidak sesuai lagi dengan kaedah British yang kerap menggunakan pendekatan hantaran jauh dan tinggi. Oleh itu, struktur kejurulatihan di akar umbi penting sebagai ajen perubahan kepada pemain-pemain kita.
8. Kedua, Pembangunan fizikal. Sekolah sukan dan juga semua sekolah projek di Malaysia perlu menilai semula diet yang diberi kepada pelajar. Adakah pemakanan mereka seimbang dan mencukupi untuk menjadi seorang ahli sukan ataupun sebagai pemain bolasepak?
9. Kita perlukan pemain yang mempunyai susuk tubuh yang lebih tinggi dan tegap. Bolasepak adalah permainan fizikal, oleh itu kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa pemain-pemain kita tidak cukup kuat dari segi fizikal untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Wednesday, October 5, 2011
Australia-Malaysia: Jurulatih perlu perbaiki mutu permainan
1. Saya teruja untuk menantikan perlawanan kelas dunia antara Australia dan Malaysia esok. Saya juga fikir pemain-pemain negara harus bersyukur kerana berpeluang menguji diri dengan pasukan yang lebih kuat.
2. Setelah tersingkir dari kelayakan piala Dunia, Datuk K Rajagobal harus kembali ke 'drawing board' dan mengingatkan pemain-pemain di mana silapnya kita. Gol-gol mudah tidak lagi boleh dimaafkan. Disiplin sepanjang 90 minit termasuk keupayaan menguasai bola perlu dititikberatkan.
3. Dengan saiz fizikal yang lebih kecil, pemain negara perlu bijak dan tenang mengawal bola. Kurangkan hantaran lambung/jauh yang sia-sia. Disini, jurulatih perlu tekankan perlunya pemain bersabar di atas padang. Jangan terburu-buru menghantar bola ke petak penalti lawan, kerana akhirnya bola itu mudah dikeluarkan oleh pertahanan lawan yang lebih tinggi.
4. Saya berharap jurulatih perbaiki mentaliti pemain, terutama dari segi penguasaan bola. Bermula dari penjaga gol, ke pemain pertahanan dan akan disambut oleh salah seorang pemain tengah. Proses bertukar-tukar hantaran pendek ini mesti di utamakan. Bola yang dihantar tepat ke kaki rakan akan memudahkan beliau mengawal dan melakukan tindakan susulan. Manakala yang lain harus menyokong dengan mencari/membuka ruang supaya mudah menerima hantaran.
5. Saya sangat-sangat berharap jurulatih dapat perbaiki mutu permainan kita, dengan mempersembahkan kualiti bolasepak yang diyakini boleh membawa Malaysia ke tahap yang seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)