1. Ada beberapa sebab mengapa kita perlu ikuti perkembangan bolasepak Malaysia tahun ini.
2. Kemasukan kembali pemain import ke kancah liga super dan perdana, pembabitan Kelantan dan Terengganu di piala AFC, kembalinya penyertaan Singapura, Harimau Muda mencuba angin baru di S League, Pasukan olimpik cuba memburu mata pertama di pusingan kelayakan dan skuad HARIMAU MALAYA akan mempertahankan piala AFF.
3. Saya secara peribadi, mahu lihat semua pasukan berstatus kelab meningkatkan tahap kualiti di atas padang, meningkatkan profil di luar padang lantas menambah fan base masing-masing. Saya memandang pasukan kelab sebagai masa depan bolasepak profesional yang sebenarnya.
4. Saya dalam peringkat kajian dan pemerhatian, untuk mencadangkan format liga profesional, cadangan jumlah pelaburan penaja, sokongan kerajaan, model penubuhan kelab bolasepak dan bagaimana untuk ia beroperasi secara profesional dan lain-lain lagi. Insya Allah
No comments:
Post a Comment