Saturday, January 28, 2012

Mahu lihat gandingan S Subramaniam dan G Mahathevan utk skuad Harimau

1. Melihat senarai terbaru pemain yang dipanggil oleh Datuk K Rajagobal, saya hanya ingin melihat satu perubahan, iaitu kualiti barisan pertahanan.

2. Dalam perlawanan sebelum ini, pasukan kebangsaan dilihat mudah melepaskan gol. Baik ketika perlawanan kompetitif, ataupun perlawanan persahabatan. Sejak perlawanan pertama kelayakan piala dunia lagi, barisan negara kurang kebal kerana mudah melepaskan gol.

3. Untuk perlawanan persahabatan yang terdekat ini, saya mahu lihat gandingan baru dicuba.Pemain yang agak berpengalaman, S Subramaniam perlu dicuba digandingkan dengan pemain yang lebih muda iaitu G Mahathevan. Subra yang terkenal dengan bentesan kerasnya, manakala Mahathevan memiliki kelebihan fizikal, sesuai dengan senario bolasepak antarabangsa.

4. Saya juga berharap Datuk Raja memperkemaskan cengkaman midfield, supaya boleh menyerap asakan lawan dan melindungi barisan pertahanan. Shakir, Guru dan Safiq boleh digunakan untuk memperkasa penguasaan tengah. Tak sabar untuk melihat aksi skuad harimau bulan depan. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

No comments:

Post a Comment