Saturday, May 5, 2012

Kelantan miliki ramuan terbaik untuk kecapi kejuaraan

1. Saya kagum dengan kemenangan Kelantan ke atas Lions12 semalam. Bukan saja kemenangan tersebut menghidupkan kembali peluang Kelantan mempertahankan kejuaraan liga super, malah mereka telah mempertontonkan persembahan yang penuh dengan ramuan pasukan juara.

2. Musim ini KAFA telah merencana strategi yang begitu tersusun bagi memberi cabaran yang terbaik untuk setiap pertandingan. Ditambah dengan kemunculan pertama di piala AFC, saya nampak mereka begitu serius membangunkan pasukan mereka.

3.  Apa yang membezakan pasukan Kelantan berbanding pasukan lain di liga super adalah saiz skuad yang besar. The red warriors memiliki banyak pilihan di bahagian serangan dan juga pertahanan. S chanturu, Nurul azwan roya, Farhan, Indra putra, Norshahrul idlan talaha, Mohammed Ghaddar, Baddri Radzi merupakan pemain-pemain yang boleh dipertimbangkan untuk diturunkan pada bila-bila masa.

4. Kepekaan KAFA terhadap tuntutan jumlah perlawanan yang banyak dan padat membuatkan mereka melabur dengan banyak dalam hal membina skuad yang besar. Ini juga termasuk dengan pembelian 4 orang pemain import.

5. Diharapkan agar persatuan bolasepak negeri dan kelab yang lain berusaha untuk mengurus dengan lebih serius seperti yang ditunjukkan oleh KAFA.

No comments:

Post a Comment