1. Melihat senarai terbaru pemain yang dipanggil oleh Datuk K Rajagobal, saya hanya ingin melihat satu perubahan, iaitu kualiti barisan pertahanan.
2. Dalam perlawanan sebelum ini, pasukan kebangsaan dilihat mudah melepaskan gol. Baik ketika perlawanan kompetitif, ataupun perlawanan persahabatan. Sejak perlawanan pertama kelayakan piala dunia lagi, barisan negara kurang kebal kerana mudah melepaskan gol.
3. Untuk perlawanan persahabatan yang terdekat ini, saya mahu lihat gandingan baru dicuba.Pemain yang agak berpengalaman, S Subramaniam perlu dicuba digandingkan dengan pemain yang lebih muda iaitu G Mahathevan. Subra yang terkenal dengan bentesan kerasnya, manakala Mahathevan memiliki kelebihan fizikal, sesuai dengan senario bolasepak antarabangsa.
4. Saya juga berharap Datuk Raja memperkemaskan cengkaman midfield, supaya boleh menyerap asakan lawan dan melindungi barisan pertahanan. Shakir, Guru dan Safiq boleh digunakan untuk memperkasa penguasaan tengah. Tak sabar untuk melihat aksi skuad harimau bulan depan. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!
Saturday, January 28, 2012
Saturday, January 21, 2012
Usaha untuk berhijrah ke liga GRED A
1. Jika kita serius mahu melihat peningkatan mutu bolasepak Malaysia, maka kita secara kolektif harus bersama-sama merangka struktur pembangunan bolasepak dengan lebih teliti.
2. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada struktur yang ada. Perubahan harus bermula dengan Persatuan Bolasepak Negeri. Ini kerana Persatuan negeri adalah ahli gabungan FAM, dan mereka terlibat dengan proses pembuat dasar bolasepak negara.
3. Dasar baru harus dirangka. berikut adalah gambaran ringkas cadangan saya:
a) Persatuan negeri hendaklah menumpukan usaha kepada (i) Penganjuran liga peringkat negeri, (ii) pembangunan pemain melalui akademi (iii) pembangunan jurulatih (iv) pembangunan pengadil.
b) Dalam masa 3 tahun, hanya
Saturday, January 7, 2012
Musim baru, harapan baru.
1. Ada beberapa sebab mengapa kita perlu ikuti perkembangan bolasepak Malaysia tahun ini.
2. Kemasukan kembali pemain import ke kancah liga super dan perdana, pembabitan Kelantan dan Terengganu di piala AFC, kembalinya penyertaan Singapura, Harimau Muda mencuba angin baru di S League, Pasukan olimpik cuba memburu mata pertama di pusingan kelayakan dan skuad HARIMAU MALAYA akan mempertahankan piala AFF.
3. Saya secara peribadi, mahu lihat semua pasukan berstatus kelab meningkatkan tahap kualiti di atas padang, meningkatkan profil di luar padang lantas menambah fan base masing-masing. Saya memandang pasukan kelab sebagai masa depan bolasepak profesional yang sebenarnya.
4. Saya dalam peringkat kajian dan pemerhatian, untuk mencadangkan format liga profesional, cadangan jumlah pelaburan penaja, sokongan kerajaan, model penubuhan kelab bolasepak dan bagaimana untuk ia beroperasi secara profesional dan lain-lain lagi. Insya Allah

Subscribe to:
Posts (Atom)