Sesudah musim 2013 melabuhkan tirainya dengan satu lagi kekecewaan iaitu kegagalan pasukan Kebangsaan untuk layak ke Piala Asia 2015 (Walaupun kini harapan banyak bergantung kepada tempat ke tiga terbaik), maka semakin kuat desakan daripada akar umbi untuk merombak apa yang saya anggap sebagai kegagalan keseluruhan dasar bolasepak kita. Lebih jelas lagi, ianya adalah dasar yang perlu diubah secara drastik setelah terbukti gagal sepanjang 30 tahun yang lalu.
Lebih mengecewakan, masih ada pihak yang mempertahankan pentadbiran ini yang terbukti gagal. Kita maklum pembangunan bolasepak tidak boleh diletakan 100% di bahu FAM. Pembangunan akar umbi sebenarnya melibatkan banyak agensi lain seperti Sekolah, Jabatan Sukan dan juga pusat kesihatan.
Banyak suara yang mahukan perubahan. Paling nyata, ramai yang mahu Presiden FAM berundur dan digantikan dengan pemimpin baru. Yang menariknya, setahu saya, hanya ahli gabungan FAM yang punya hak untuk memilih Presiden badan induk itu. Tidak ada pihak lain selain ahli gabungan yang boleh menukar Presiden FAM menerusi pemilihan atau di Kongress FAM.
Siapakah dia Ahli gabungan ini? Ahli gabungan FAM terdiri daripada Persatuan-Persatuan Bolasepak Negeri dan Kelab. Ini bermakna kesemua Presiden Persatuan Bolasepak Negeri dan Kelab ada hak dan kuasa untuk bertindak menerusi permuafakatan dan undi mereka di dalam kongress.
Persoalannya kini, untuk pemilihan FAM 2014, adakah ahli gabungan memiliki iltizam yang tinggi untuk memacu perubahan dalam bolasepak Malaysia?
Mampukah Ahli gabungan untuk bangkit keluar dari zon selesa dan bersama memperbetulkan halatuju bolasepak negara?
Beranikah Ahli gabungan untuk mencadangkan seorang pemimpin baru untuk bertanding Jawatan Presiden FAM?
Sudah semestinya sebagai peminat bolasepak kita mahukan Presiden FAM yang baru. Kita juga mahu lihat struktur yang baru. Begitu juga dasar bolasepak yang lebih dinamik. Adakah Ahli gabungan dapat merasakan keperluan ini sebagaimana yang di desak di peringkat akar umbi?
Saya berharap Ahli gabungan FAM dapat merapatkan saf serta mencari persamaan di antara pentadbir bolasepak dan juga peminat di jalanan.
Ahli gabungan perlu bangkit dan berhijrah ke arah profesionalisme yang sebenarnya. Mencadangkan Presiden FAM yang baru bukan maksud menderhaka kepada sesiapa. Tempoh 30 tahun yang lalu telah terbukti gagal. Kita perlukan Presiden FAM yang baru, kita perlukan struktur organisasi yang baru, kita perlukan dasar bolasepak yang baru.
Ketiga-tiga perkara yang saya sebut di atas hanya mampu diubah menerusi undian para Ahli Gabungan. Saya berharap tahun 2014 bukan saja meriah dengan pertandingan yang dijalankan di atas padang, namun begitu juga pertandingan di luar padang, demi meningkatkan taraf bolasepak Malaysia di peringkat dunia.
Slama 30 thun sptutnya m'sia mempunyai perkara2 berikut :-
ReplyDelete1. Liga yg beroperasi secara swasta dan bebas.
2. Tiada pasukan FA, yg ada cuma kelab bola sepak profesional yg semuanya layak mengikut kriteria AFC Champions league.
3. Struktur kelab mempunyai program akar umbi masing2 (wajib).
4. Visi dan misi yg jelas bagi bola sepak msia utk 5-10 tahun.
5. Pasukan senior skurang2 nya layak secara merit ke piala asia.
6. Pool pemain yg byk di stp peringkat umur dan skurang2nya ada 4-5 pasukan pada stp pringkat umur tersebut.
Tambahan..saya mnyokong saudara lim teong kim dlm NFDP untuk mewujudkn DNA atau identiti permainan bola sepak msia tersendiri.
ReplyDelete