1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada KDYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim diatas perlantikan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Saya percaya kepimpinan TMJ mampu membawa perubahan positif kepada bolasepak negeri Johor.
2. Cuma, sebagai peminat bolasepak, saya amat bimbang dengan kenyataan TMJ yang menyarankan agar tahun depan hanya satu pasukan sahaja dari Johor akan bersaing di liga M. Ini bermakna, semua kelab yang kini bertanding secara aktif seperti Johor fc, Mp muar dan MBJB Fc kemungkinan tidak akan beraksi lagi musim depan.
3. Bagi saya kelab adalah lambang profesionalisme industri bolasepak. Jika penubuhan atau pencapaian mereka disekat dengan apa cara sekalipun, maka kesannya tentulah kepada pemain, pegawai kelab berkenaan yang mencari rezeki melalui sukan ini.
4. Percayalah, walaupun Johor mempunyai banyak kelab, namun mereka semua tidak berpecah belah. Semua penyokong kelab-kelab berkenaan masih rakyat DYMM Sultan Johor dan
No comments:
Post a Comment