1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada KDYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim diatas perlantikan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Saya percaya kepimpinan TMJ mampu membawa perubahan positif kepada bolasepak negeri Johor.
2. Cuma, sebagai peminat bolasepak, saya amat bimbang dengan kenyataan TMJ yang menyarankan agar tahun depan hanya satu pasukan sahaja dari Johor akan bersaing di liga M. Ini bermakna, semua kelab yang kini bertanding secara aktif seperti Johor fc, Mp muar dan MBJB Fc kemungkinan tidak akan beraksi lagi musim depan.
3. Bagi saya kelab adalah lambang profesionalisme industri bolasepak. Jika penubuhan atau pencapaian mereka disekat dengan apa cara sekalipun, maka kesannya tentulah kepada pemain, pegawai kelab berkenaan yang mencari rezeki melalui sukan ini.
4. Percayalah, walaupun Johor mempunyai banyak kelab, namun mereka semua tidak berpecah belah. Semua penyokong kelab-kelab berkenaan masih rakyat DYMM Sultan Johor dan
Saturday, February 18, 2012
Saturday, February 11, 2012
Hancurkan segera rangkaian rasuah dan sindiket mengatur keputusan perlawanan
1. Mengapa masih berlaku penglibatan bookie di liga tempatan? Siapakah dalangnya yang melabur jutaan ringgit untuk kegiatan judi, rasuah dan mengatur keputusan perlawanan?
2. Saya berpendapat menahan dan menggantung pemain yang terlibat tidak menyelesaikan masalah. Mereka hanyalah 'ikan-ikan kecil' yang dihimpit masalah kewangan lalu dihidu oleh 'jerung besar' yang mengambil kesempatan di atas peluang yang tercipta.
3. Saya sarankan gaji pemain dan pegawai dinaikkan bagi mengurangkan risiko pemain dan pegawai mengambil rasuah. Persatuan negeri/kelab harus mencontohi Pelita Jaya yang bersungguh - sungguh menghargai bakat Safee Sali dengan berbelanja tinggi untuk mengekalkan bekas penyerang Selangor itu.
4. Saya juga sarankan PDRM dan SPRM mengesan siapakah yang memayungi sindiket jahat ini. Jangan hanya tahan penerima rasuah, malah siasat, kesan dan dakwa golongan pemberi dan pembiaya sindiket rasuah ini. Tanpa usaha yang bersungguh - sungguh, bolasepak Malaysia akan lumpuh sekali lagi, dan kita akan tertipu buat kali kedua. fikirkanlah

Subscribe to:
Posts (Atom)