Sekalipun tersingkir dari pusingan kelayakan AFC Champions League (ACL) 2 minggu lalu di Bangkok, JDT masih berpeluang meluaskan kuasanya di arena bolasepak Asia menerusi slot di Piala AFC.
Sidang Akhbar JDT vs KF East Bengal FC
Foto: Media Johor
Manakala pasukan Pahang turut akan beraksi di Piala AFC selaku pemenang Piala FA 2014.
Jika dilihat kepada prestasi tahun-tahun yang lalu, kebanyakan kelab Liga M terkandas di peringkat kumpulan. Kelantan pernah lakar prestasi terbaik apabila mara hingga ke peringkat suku akhir pada tahun 2012.
Sejak itu, tiada pasukan lain dari Liga Malaysia yang telah memberi saingan sengit dalam Piala AFC.
Persoalannya, adakah kejohanan serantau seperti Piala AFC tidak dianggap penting buat kelab-kelab Liga Malaysia? Adakah pengurusan kelab tidak menyediakan peruntukan/bajet yang sewajarnya dalam mempersiapkan pasukan masing-masing untuk hadapi Piala AFC?
Untuk menjadi yang terbaik, bolasepak Malaysia perlu melalui cabaran berkualiti di peringkat benua. Dari situ kita dapat menyukat kemampuan sebenar dan tahap bolasepak kita.
Mampukah Figueroa cemerlang di piala AFC?
Foto - GEGAR Johor
Foto - GEGAR Johor
Jadikanlah kejohanan peringkat benua seperti Piala AFC sebagai keutamaan setiap tahun. Pasti ada ganjaran yang setimpal di atas kejayaan jika cemerlang di peringkat asia.
Buat pasukan JDT dan Pahang, selamat berjuang di Piala AFC tahun ini. Dalam masa yang sama, Liga M perlu diperkasakan lagi terutama dari segi penswastaan. Impian untuk kelab Liga M bermain di ACL masih belum terpadam.