Bahrain deserved the three points in Manama. The better team won it, just face the fact. I am never a fans of DKRG (Datuk K Rajagobal), especialy in his tactical side. But there are few areas i think he has done good things for Malaysian football.
The gold medal recaptured in 2009 was the highlight. Followed by the reagional AFF triumph in 2010. He gave local football fans something to cheer about. Despite his boring tactics, you can see the improvement in terms of team discipline. In this year's Asia Cup qualifying, Malaysia managed to compete with some of the middle eastern sides. We were no longer the whipping boys as compared to some results back in the 90s.
I would say, the best term to define DKRG is, whether you like it or not, he is the one who responsible in the transition process. Our national team is actually still in the transition phase. And he (DKRG) is doing the best he can, to get the best possible result.
What he has achieved in the past 4 years, is actually he laid a good foundation for his successor to lead Malaysia to a greater height. Whoever replace DKRG next year, he will have a better pool of players to choose from.
Malaysia Vs Qatar
The first 'Cup Final' for Malaysia starts this tuesday. This is a must win game for Malaysia, otherwise we will have to say goodbye to the Australian dream.
Forget the Bahrain games, Qatar will give a greater test for us. The best way for us to approach this game is by not giving too much respect to the visiting team. We don't have to think so much on their reputation, but we needs to play on our strength.
We have nothing to loose, by right the presure is now getting lesser for the players. I am hoping DKRG to instruct his team to play an attacking flow of football. Get the early goal as soon as they can. My suggestions on tactical side:
4-4-2
1. Khairul Fahmi Che Mat: He is the best GK available at the moment, despite some critism from certain sections of fans, i still believe KFCM has the quality for this big game.
2. Mahali Jasuli: Showed some glimpse of supporting role on the right flank when venturing forward. This game is suitable for him, as we needs to search for an early goal.
3. Aidil Zafuan: His costly mistake cost us the valuable point. But he is a defender rich with experience. His pace and determination always impressed me. On home soil, i believe Aidil will be hard to beat.
4. Amiridzwan taj: Tall, elegant, composed and a ball playing defender. Probably the man of the match in Manama, Taj is reliable for competing aerial battle. He is the answer for Qatars big centre forward.
5. Fitri Omar: The ATM player is a natural left footed player. Despite lacking international experience, i believe Fitri's crossing ability from the left flank will provide better goal scoring opportunity for the strikers.
6. Shakir Shaari: The Kelantan pass master should be recalled in the starting lineup as the deep playmaker. His range of passing could unlock qatar's defence. We need to distribute the ball as quick as possible.
7. Safiq rahim: I know he is not the fans favorite, including me, but knowing DKRG will almost pick him regardless of his current form. With the presence of Shakir, i hope DKRG will ask Safiq to play a bit higher up. Play to his strength, which is eye for goal from shooting distance.
8. Nazrin Nawi: Could work well with Fitri Omar on the left. Like i said earlier, we have nothing to loose, so please unleash the unknown. Give him the license to run at defenders with his trickery and dribbling abilities, before deliver the cross to the strikers.
9. S Kunanlan: Another loyal players for DKRG. But this time, i hope he will be deployed at the right flank. His great energy could help both attack and defensive works. I never doubt Kuna's commitment with the national team.
10. Nurshahrul Idlan talaha: I would love to see Nurshahrul to get another goal at Shah Alam Stadium. I want to see him to be played out wide, closer to the wingers so that he can use the ball with more support from wingers and full backs. Penetrations from the wide areas.
11. Amri Yahyah: His movement and constant high pressing role impressed me. An intelligent type of forward, Amri is well known for his ability to shine in a high profile game. I hope he and Nurshahrul can create openings as well as converting the chances into goals.
lets support the team, eventhough it is a tough game and almost impossible to qualify. Keep the faith, and keep believing.
Sunday, November 17, 2013
Tuesday, November 5, 2013
isu-isu Liga Malaysia 2013 dan langkah kehadapan
Segala jenis saingan di atas padang, hiruk pikuk di luar padang, kontroversi telah selesai sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel penamat di stadium Shah Alam pada 3 November yang lalu.
Tahniah kepada pahang di atas kejayaan memenangi Piala Malaysia, kemenangan manis buat pengurusan PBNP yang gigih menghimpunkan pemain muda beberapa tahun sebelum menggilap mereka beraksi sebagai satu pasukan mantap yang dahagakan kejayaan.
Menyingkap kembali kalendar bolasepak Malaysia buat tahun 2013, ada banyak yang ingin saya perkatakan. Malah, wajar untuk komuniti bolasepak tanahair perbincangkan dengan lebih terperinci. Apa yang telah kita sama-sama lalui sepanjang 2013, hendaklah dijadikan pengajaran berguna supaya perjalanan bolasepak kita di masa akan datang lebih lancar, dinamik, progresif dan profesional.
Berikut beberapa perkara yang ingin saya utarakan untuk sama-sama kita bahaskan:
1. Peraturan, prosedur dan proses perpindahan pemain
Musim 2013 bermula dengan kehangatan isu perpindahan pemain, umpama kes tarik tali, banyak 'Grey area' dikenalpasti sebagai punca berlakunya kontroversi setiap kali pemain berharga ingin berhijrah.
Cukup lah untuk kita supaya tidak menuding jari ke mana-mana pihak, saranan saya pula, apa kata kita perbaiki kepincangan yang ada di dalam sistem yang diguna pakai ketika ini.
Cadangan saya untuk memantapkan lagi urusan jual beli pemain:
(a) Setiap pemain profesional yang berdaftar di negara ini, WAJIB memasang ajen yang mewakili mereka untuk urusan perbincangan kontrak, menasihati pemain dari segi undang-undang, melindungi hak pemain dan sebagainya.
Jadi setiap kali Kelab ingin memperbaharui kontrak, atau ada kelab lain ingin mendapatkan khidmat seseorang pemain itu, mereka perlu berunding dengan ajen yang bertanggungjawab melindungi kepentingan pemain itu tadi.
Sebagaimana seorang ajen hartanah ataupun peguam, ajen pemain ini akan memberi nasihat undang-undang berdasarkan kontrak yang telah dimeterai sebelum ini. Ajen juga boleh memberi pandangan kepada pemain yang di wakilinya berkenaan prospek dan hak pemain untuk berhijrah. Nasihat perundangan yang teratur boleh membantu melicinkan lagi proses perpindahan pemain dan mengelakkan tuduhan melanggar terma kontrak.
Untuk meringankan beban pemain, disarankan caj utk bayaran ajen adalah 2% daripada nilai keseluruhan kontrak. Sekali bayaran untuk sepanjang tempoh kontrak.
(b) Sistem 'Transfer List'. Jika Liga M mengguna sistem ini, ia akan lebih telus kerana status seseorang pemain itu boleh diketahui umum. Jika sesebuah kelab ingin menjual pemainnya, mereka boleh mendaftarkan pemain itu tadi dalam senarai perpindahan.
Nama pemain yang hendak dijual atau dilepaskan, bolehlah di daftarkan di dalam senarai perpindahan ini. Sebaik saja didaftarkan, mana-mana kelab yang berminat boleh lah menghubungi ajen pemain berkenaan tentang butir-butir kontrak. Sebaik saja setuju dengan terma-terma kontrak, maka perpindahan boleh dilengkapkan ketika 'transfer window' dibuka.
2. Jadual Liga tempatan dan jadual pasukan kebangsaan.
Jadual Liga Super terpaksa dipadatkan bagi mengejar beberapa perkara. Antaranya, latihan skuad kebangsaan yang terlalu lama dan juga mahu liga berakhir sebelum ramadhan. Berikut adalah cadangan saya untuk memperbaiki jadual Liga agar ia beri keselesaan kepada semua.
(a) Jadual Liga Super hanya pada hari Jumaat atau Sabtu setiap minggu. Bermula pada Januari, dan akan berehat pada ramadhan dan minggu pertama Syawal. (Ramadhan break). dan tamat pada oktober.
(b) Piala FA akan diadakan pada setiap rabu (Kalah mati). Dan final piala FA sebelum Ramadhan break.
(c) Beri kelonggaran kepada pasukan yang beraksi di Piala AFC. Jika sesebuah kelab itu bermain di Piala AFC pada hari rabu, maka beri mereka sedikit ruang untuk bermain di liga Super pada hari ahad berikutnya. Ini bagi memberi mereka rehat yang cukup kerana baru pulang dari perlawanan di luar negara. Kelab-kelab yang mewakili negara di Piala AFC wajar diberi sokongan dari segi susunan jadual Liga domestik.
(d) Jadual perlawanan persahabatan membabitkan pasukan kebangsaan haruslah selari dengan jadual yang telah disusun oleh FIFA. Kita tidak mahu lagi melihat pasukan kebangsaan membuang masa selama tiga minggu di Australia seperti yang berlaku pada sekitar bulan Mei-Jun yang lalu. Liga Super menjadi mangsa kerana terpaksa terpaksa mengejar masa yang suntuk akibat rehat yang terlalu lama itu.
(e) Piala Malaysia akan diadakan pada hari rabu selepas Ramadhan. (Kalah mati) dan tamat pada pertengahan November. Jadi Liga M akan berehat selama dua bulan.
3. Sistem penjualan tiket.
Setelah berpuluh tahun menganjurkan pelbagai kejohanan bolasepak domestik, FAM masih belum ada kaedah yang terbaik bagi memperkemaskan sistem penjualan tiket. Sudah banyak kali insiden peminat pengsan akibat bersesak dan dirempuh lautan manusia ketika membeli tiket perlawanan bolasepak, namun belum ada langkah penyelesaian terbaik yang digunakan oleh FAM.
Untuk menuju ke arah penswastaan liga 2015, salah satu perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah pendapatan kelab melalui penjualan tiket. Saya senaraikan beberapa perkara penting dalam usaha menuju penambah baikan sistem penjualan tiket.
(a) Kelab dan pemilik stadium perlu jalin usaha sama. Stadium yang terpilih sebagai gelanggang di Liga M perlu bekerjasama dengan penyewa mereka, iaitu kelab bolasepak dalam pelaburan teknologi. Setiap gate stadium dipasang dengan 'scanner' bagi tujuan 'ticket validation'. Ini adalah usaha bagi membenteras tiket palsu yang dicetak ulat-ulat tiket.
(b) Kelab bolasepak harus keluar belanja, melabur dalam teknologi. Kali ini, untuk melantik Vendor yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam 'ónline ticketing' atau penjualan tiket online.
(c) Kelab bolasepak mesti mengumpul 'data' tentang penyokong mereka. Melalui penjualan tiket online, Kelab mempunyai data penyokong mereka, seperti nombor Mykad, Nama penyokong, dan lebih penting lagi, kekerapan seorang penyokong itu membeli tiket.
(d) Ahli kelab penyokong dan penyokong yang kerap ke stadium akan diberi keutamaan setiap kali perlawanan besar akan dilangsungkan. Melalui data yang telah dikumpulkan, kelab bolasepak boleh menghubungi peminat berkenaan dan memberi tawaran penjualan tiket. Umpama mengutamakan pelanggan setia.
(e) Tiket yang akan dicetak mengandungi nama pembeli, no Mykad, no ahli kelab penyokong, dan no siri tertentu sebagai pengenalan kepada pengurusan Kelab. Scanner yang akan dipasang di setiap gate, hanya akan mengenalpasti tiket menerusi nombor siri yang tertera.
4. Perang ke atas 'Match fixing'
Ini merupakan masalah global. Bukan lagi masalah kepada Malaysia ataupun Singapura. Untuk musim depan, saya sarankan beberapa langkah untuk atasi masalah ini:
(a) Setiap pasukan yang akan bertanding, perlu dikuarantin sekurang-kurangnya 24 jam sebelum perlawanan. Tidak dibenarkan untuk menerima dan membuat panggilan telefon. Jika ada panggilan kecemasan membabitkan keluarga terdekat, hanya boleh dibuat melalui pegawai pasukan. Panggilan itu juga perlu dirakam.
(b) Kelab atau Persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan sehingga gaji pemain tidak berbayar, hendaklah digantung serta merta dari menyertai pertandingan. Ini bagi mengelakan penjenayah Bookie mengambil kesempatan dengan menawarkan ganjaran tertentu kepada pemain. Oleh itu, Kelab harus pastikan kedudukan kewangan yang kukuh sebelum ingin menyertai sebarang kejohanan Liga.
(c) Pemain atau pegawai perlu menjalani sesi Audit setiap bulan dengan external Auditor yang dilantik, bagi memastikan pemain dan pegawai mematuhi 'Standard Operating Procedure' yang telah digariskan oleh LIGA M dan kelab berkenaan.
(d) Pemain atau pegawai yang berada dalam siasatan perlu digantung tugas sementara, sehingga siasatan selesai.
5. Jumlah pemain import
Musim depan, Liga M akan berwajah baru dengan kembalinya 3 orang pemain import bagi setiap pasukan. Pendapat saya, dalam jangka pendek, kita perlukan lebih pemain import bagi setiap pasukan. Ini bagi meningkatkan tahap kompetitif liga itu sendiri.
(a) Setiap pasukan yang berkemampuan, dibenarkan untuk membeli maksimum 6 orang pemain import, tetapi hanya 4 orang pemain import dibenarkan untuk beraksi pada hari perlawanan.
(b) Setiap pasukan diwajibkan untuk menurunkan minimum 2 orang pemain berumur bawah 23 tahun pada kesebelasan utama mereka.
Pada musim ini, banyak kali terjadi rungutan kelab terhadap prestasi pemain import, yang dibeli hasil daripada cadangan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, sekali lagi, saya sarankan agar kelab memasang 'network' yang lebih baik supaya pemain import yang dibawa masuk kelak berkualiti dan membawa pulangan ke atas pelaburan.
6. Isu mutu pengadilan
Adakah mutu pengadilan kita masih lemah? Bagi saya, ada kala pengadil jalankan tugas dengan baik, adakala sebaliknya. Oleh itu, boleh saya simpulkan bahawa prestasi pegawai perlawanan masih belum cukup konsisten.
Bagaimana untuk menghasilkan lebih ramai pengadil berkualiti? Saya sarankan agar Jabatan Pengadil meletakkan KPI yang lebih tinggi kepada semua pengadil dan pembantu pengadil yang bertugas. Setiap kali tamat perlawanan, salinan video akan dihantar ke Jabatan pengadil bagi tujuan semakan. Markah atau Rating perlu diberi ke atas semua pengadil yang terlibat.
Elaun pengadil juga perlu dinaikan. Ini kerana kos pengangkutan dan kos penginapan turut naik. Saya juga sarankan agar pengadil turut diberi perlindungan agar tidak diganggu bookie.
7. Penswastaan liga M menjelang 2015
Ini merupakan proses yang paling susah untuk dijelmakan oleh semua pihak, terutamanya Persatuan Bolasepak Negeri. Liga M yang akan diswastakan merupakan anjakan paling besar di dalam sejarah bolasepak Malaysia jika ia benar berlaku.
Persatuan Bolasepak Negeri yang sudah sekian lama selesa dengan peruntukan kerajaan negeri masing-masing, masih beroperasi dengan cara yang sama sejak era semi pro. Sebahagian besar peruntukan digunakan untuk pasukan Liga, manakala peruntukan untuk pembangunan amat kecil dan dan tidak menyeluruh.
Pihak korporat yang ingin melabur mahu melihat struktur organisasi yang kondusif dan bersifat 'profit oriented'. Oleh itu, saya gesa agar Persatuan Bolasepak Negeri segera menubuhkan syarikat lain yang dikhususkan untuk mengurus pasukan Liga.
Persatuan Bolasepak Negeri sepatutnya menumpukan perhatian kepada soal pembangunan pemain muda dan menganjurkan liga peringkat negeri. Soal pasukan yang bertanding di Liga Super, wajar di beri kepada entiti lain untuk menguruskannya.
Berjaya atau tidak projek penswastaan ini, bergantung kepada kesedaran peminat bolasepak itu sendiri. Jika kita mahukan pembaharuan, jika kita mahu lihat kelab-kelab Malaysia beraksi di AFC Champions League, maka projek penswastaan ini wajib dijayakan bagi menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh AFC.
Akan tetapi, jika peminat tempatan terus hanyut dibuai kejayaan tempatan seperti Piala Malaysia, maka mereka tidak akan nampak mengapa perlunya penswastaan ini. Kesedaran peminat amat perlu bagi mendesak persatuan negeri untuk lakukan perubahan dan menjayakan projek penswastaan ini.
Kesimpulan
Apa yang saya tulis diatas, merupakan isu-isu penting yang perlu diberi perhatian oleh FAM dan FA negeri. Selari dengan kepesatan pembangunan negara kita, industri bolasepak tidak boleh lagi ketinggalan di pentas Asia dan global. Industri bolasepak tidak boleh lagi beroperasi seperti di zaman 80 an. Peminat tempatan harus bersikap positif dan aktif dalam memberi tekanan kepada 'stakeholder' agar perubahan ini disegerakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)