1. Berita kehadiran beberapa kelab terkemuka dari England ke Malaysia sekitar bulan Julai nanti disambut dengan penuh kegembiraan oleh segelintir peminat di sini.
2. Saya hanya nampak kehadiran mereka ke sini semata-mata untuk memenuhi agenda komersil dan pemasaran produk jenama mereka sahaja, dan bukan untuk membantu pembangunan bolasepak Malaysia.
3. Mereka datang ke sini hanya untuk sesi bertemu peminat, menguatkan lagi cengkaman produk jenama mereka dan meluaskan pengaruh kelab mereka agar peminat di sini terus menerus 'bermimpi' suatu hari nanti pemain negara akan beraksi bersama mereka.
4. Hakikatnya mereka hanya bermain setakat 40% dari kemampuan sebenar mereka, berpeluh disebabkan cuaca panas, dan bukan kerana berlari mengejar asakan pemain Malaysia. Oleh itu, perlawanan tersebut bukan lagi dianggap perlawanan persahabatan, malah perlawana itu boleh dianggap sebagai perlawanan pertunjukan (exhibition match), dengan tujuan tak lebih dari "membawa fantasi menjadi realiti depan mata" kepada segelintir peminat yang masih tak sedar.
5. Oleh kerana para penjajah itu datang hanya dengan niat komersil dan cita-cita keuntungan fiskal semata-mata, maka saya cadangkan pengurusan FAM harus mengendali situasi ini dengan lebih bijak.
6. Pertama, kita perlu memandang peluang ini dari sudut pemasaran dan komersil. Tak perlu skuad kebangsaan berhempas pulas hingga mendapat kecederaan serius bagi menentang kelab inggeris itu nanti. FAM harus gunakan peluang ini bagi mempromosi dan memasarkan MALAYSIAN SUPER LEAGUE sebagai produk bolasepak kita ke eropah melalui kelab-kelab inggeris itu.
7. Sudah tentu kehadiran kelab-kelab tersebut turut ditemani media kelab masing-masing seperti Arsenal TV. Oleh itu pihak tuan rumah (FAM) harus mengambil peluang bekerjasama dengan pemegang hak penyiar MSL iaitu ASTRO supaya mempromosi MSL kepada Arsenal, contohnya.
8. Saya cadangkan FAM tubuhkan pasukan khas untuk melayan kelab-kelab penjajah ini, dan bukannya skuad kebangsaan. pasukan yang boleh digelar sebagai MSL ALL STAR yang dibarisi oleh pemain import dan tempatan yang terbaik sepanjang musim beraksi di liga super kita. Sudah tentu media kelab berkenaan akan membuat liputan lebih terperinci mengenai MALAYSIA SUPER LEAGUE.
9. Liputan dan promosi yang meluas mampu menguatkan nama MSL di eropah melalui media kelab-kelab berkenaan, yang mana jutaan peminat, pemerhati dan ajen bolasepak turut menonton media kelab tersebut. Dengan itu, tentu ada peluang pemain di sana untuk mencuba bermain di sini, dan sebaliknya ada peluang pemain MSL dilamar oleh ajen-ajen dari eropah.
10. Dari sudut komersil, ada keberangkalian penaja berkualiti untuk melabur di MSL bila liga ini mendapat promosi yang lebih luas.
Thursday, April 26, 2012
Wednesday, April 11, 2012
KEGAGALAN BERTERUSAN FAM
1. Sebaik saja mendengar ranking terbaru Malaysia di peringkat dunia, saya berasa amat kecewa dengan hasil dasar pembangunan bolasepak negara. Adakah ini hasilnya setelah kita berpenat lelah memenangi 2 sukan SEA dan satu piala AFF? Dengan anugerah di tempat ke 156?
2. Juga saya mempersoalkan kemampuan FAM mengatur perlawanan persahabatan kelas A yang boleh menyumbang mata kepada pasukan negara. Mengapa sibuk nak lawan pasukan tempatan seperti Kelantan, sabah dan sarawak? Yg tidak membawa sebarang erti kepada ranking skuad harimau.
3. Saya sarankan FAM jalin kerjasama dengan promoter profesional yg boleh mempertemukan skuad negara dengan pasukan yang berkualiti, sebagaimana perlawanan persahabatan MALAYSIA VS BRAZIL sebelum piala dunia 2002.
4. Jelas sekali bolasepak Malaysia adalah sesuai digambarkan sebagai 'bolasepak kampung, hanya meriah dek sorakan peminat, tapi tiada kualiti sebenar untuk disajikan ke pentas dunia'
Subscribe to:
Posts (Atom)