1. Saya akui teruja dengan kejayaan skuad harimau muda memenangi pingat emas sukan sea baru- baru ini. Tetapi, sebagai peminat bolasepak, saya ingin menegaskan bahawa perjuangan kita belum selesai.
.
2. Malaysia harus jadikan kejayaan di peringkat asia tenggara sebagai kelaziman malah 'budaya kemenangan' ditanam di minda pemain. Setelah stabil dan gagah di asia tenggara, kita perlu sedikit demi sedikit mencabar pasukan di peringkat asia pula.
.
3. Konsep sekolah sukan bukit jalil, dan sekolah sukan bandar penawar perlu diperluas ke seluruh negara. ternyata sekolah sukan seperti itu berjaya melahirkan ramai pemain bolasepak berkualiti. Di dalam apa jua bidang, sekolah adalah tempat yang paling sesuai mendidik seseorang untuk menjadi manusia yang berguna.
4. kerajaan perlu memberi sokongan dari segi pembangunan infrastruktur, peruntukan kewangan untuk membina sekolah seumpama itu di seluruh negara. sebagaimana kita bina sekolah berasrama penuh untuk pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik, sudah tiba masanya untuk negara ini membantu pelajar yang cemerlang dalam sukan bolasepak untuk berjayadalam kariernya.
Friday, November 25, 2011
Saturday, November 19, 2011
Minggu yang paling mencabar buat Ong Kim Swee
1. Kejayaan menewaskan Myanmar memberi peluang kepada Ong Kim Swee untuk menterjemahkan formulanya dalam mempertahankan pingat emas.
2. Harimau muda perlu berdepan indonesia isnin 21/11 dan kemudian Syria pada 23/11 rabu depan. OKS perlu menyediakan pasukan yang cegas dan bersedia dari segi mental dan fizikal.
3. Mereka pasti akan menghadapi ancaman dan provokasi penyokong tuan rumah di jakarta, yang mahu membalas dendam kekalahan di peringkat kumpulan dan piala AFF tahun lepas. Apa yang menariknya, ialah bagaimana OKS mempersiapkan skuadnya bagi menghadapi minggu yang paling mencabar ini.
4. Ada juga cakap-cakap yang memuji malah mengatakan OKS lebih baik dari Datuk K Rajagobal dari segi taktikal. GAndingan fadhli dan muslim lebih konsisten ketika dibawah penjagaan OKS berbandingketika bersama skuad senior.

Friday, November 11, 2011
Malaysia perlukan lebih ramai pemain bersaiz seperti IZZAQ FARIS
1. Teknik jaringan beliau ketika membenam Thailand amat mengagumkan. Buat seketika beliau berjaya menjawab kritikan yang menyerangnya kebelakangan ini.
2.Bagi saya kriteria utama pemain ini adalah ciri-ciri fizikal yang boleh membawa beliau pergi jauh dalam bolasepak.
3. Saiz fizikal Izzaq Faris Ramlan adalah saiz ideal untuk mana-mana pemain bolasepak rantau asia. Untuk bersaing dengan lebih serius di peringkat antara bangsa, pasukan negara perluan lebih ramai pemain yang memiliki saiz fizikal dan mentalliti seperti beliau.
4. Kita perlukan ketinggian untuk bersaing bola di udara, kita perlukan tubuh yang sasa untuk bersaing dengan pertahanan lawan yang lebih besar. Kita perlukan
ketinggian untuk bina tembok yang tinggi ketika menghadapi sepakan percuma lawan.

Subscribe to:
Posts (Atom)