1. Saya rasa terpanggil untuk berbicara tentang realiti ekonomi pada hari ini. Ekonomi, lanskap sosial global pada hari ini. Hujah-hujah yang akan saya utarakan sebentar nanti sangat berkait rapat dengan bolasepak kita. Maka sama-sama kita renungkan...
2. Jika kita singkap semula ke sejarah negara kita, ada satu sebab utama mengapa penjajah Portugal, Belanda, Jepun dan British sanggup mengembara beribu-ribu batu jauhnya untuk datang ke sini. Ya, mereka datang ke tanah kita untuk mengaut keuntungan komersial. Dahulunya Malaya kaya dengan sumber bijih besi dan rempah. Maka dengan dua komoditi utama ini telah menarik minat samseng-samseng kapitalis untuk merampas dan menambah kekayaan mereka. Maka berlakulah penjajahan secara fizikal sehingga 31 Ogos 1957.
3. Apa itu kapitalis? Definasinya banyak serta berbeza-beza mengikut pandangan pakar-pakar ekonomi. Biar saya gambarkan dengan bahasa mudah, KAPITALIS adalah golongan minoriti di negara-negara barat yang mempunyai sumber modal/kewangan yang banyak, bersikap 'opportunis' (mengambil kesempatan), menguasai perusahaan utama, berpendirian bahawa keuntungan perlu dimaksimakan dan dalam masa yang sama kos perlu dikurangkan dengan apa cara sekalipun (tenaga pekerja menjadi mangsa manupilasi golongan KAPITALIS) dan yang paling jelas, mereka beranggapan kekayaan itu milik mutlak mereka tanpa mempedulikan ketidakseimbangan pendapatan golongan miskin. Di dalam sistem KAPITALIS, yang kaya akan menjadi semakin kaya, manakala yang miskin tidak terbela.
4. Begitulah juga sikap para penjajah yang saya sebutkan tadi. Mereka datang ke tanah kita dan memanupilasi tenaga kerja rakyat tempatan, memerah keringat datuk moyang kita, menghisap segala kekayaan sumber bumi negara kita, tapi apa yang tinggal selepas 31 Ogos 1957, adalah kemiskinan tegar rakyat Malaya ketika itu.
5. Bulan ini, Malaysia dilanda demam EPL (English Premier League) walaupun liga berkenaan belum lagi berlangsung. Bagaimanapun, seperti musim-musim sebelumnya, setiap pasukan yang bertanding akan menjalani sesi latihan pra-musim. 'Branding' atau penjenamaan liga tersebut sangat kuat pengaruhnya dewasa ini. Hampir setiap negara di pelusuk dunia mengenali apa dia liga tersebut. Struktur organisasi liga tersebut sangat kukuh hingga mereka mampu menjana berbilion pound setahun. Malah, mereka berjaya menarik minat pelabur untuk menanam saham mereka dengan beberapa kelab di liga berkenaan.
6. Saya anggap kehadiran 3 kelab bolasepak Inggeris ke Malaysia ini sama dengan perangai lama datuk moyang mereka. Atas nama latihan pra-musim, mereka hadir ke sini untuk memasarkan produk mereka, jenama mereka dan di atas padang, mempamerkan kemahiran bolasepak mereka yang menjadi idola kepada ribuan kanak-kanak. Melalui bolasepak, kuasa barat kembali lagi ke bumi Malaya untuk meluaskan kuasa KAPITALISME mereka.
7. Bagi mereka yang melanggan stesen TV berbayar, setiap bulan kita akan membayar bil -> Stesen TV berbayar akan membayar ESPN atau mana-mana syarikat yang memegang hak penyiaran. -> ESPN atau syarikat pemegang hak penyiaran akan membayar kepada EPL selaku penganjur liga. -> EPL selaku pengajur liga akan membayar wang hak penyiaran TV kepada semua kelab yang bertanding di liga berkenaan. Kesimpulannya, anda serta ribuan warga asia yang melanggan TV berbayarlah yang telah menyumbang kepada kekayaan liga Inggeris tersebut.
8. Strategi pemasaran yang berkesan ini telah menyebabkan kita di Malaysia lebih gemar menyokong bolasepak Inggeris berbanding bolasepak tempatan. Memang benar skill mereka jauh lebih baik berbanding pemain kita, namun apa yang saya mahu tegaskan di sini, sudah sampai masanya untuk kita salurkan wang kita ke arah pembangunan bolasepak tempatan.
9. Dari segi teknikal, jika mahu mengadakan perlawanan persahabatan untuk skuad kebangsaan, lebih elok untuk Malaysia diuji dengan sebuah pasukan kebangsaan negara lain dan bukannya pasukan kelab. Jika benar penganjur ingin membawa pasukan ini ke Malaysia lagi, maka aturkanlah perlawanan persahabatan menentang juara liga Super iaitu pasukan negeri atau kelab.
Thursday, July 14, 2011
Sunday, July 10, 2011
Analisa juara Liga Super Malaysia 2011: Kelantan
1.Saya ucapkan tahniah kepada KAFA kerana akhirnya pasukan Kelantan berjaya menjuarai Liga Super Malaysia. Saya telah ikuti perkembangan pasukan ini beberapa tahun kebelakangan ini, dan kejuaraan yang dikecapi ini tidak mengejutkan saya.
2. Ada 2 faktor utama kejayaan pasukan kelantan. (i) Pengurusan KAFA yang berdaya maju serta profesional. (ii) Penyokong setia Kelantan iaitu The Red Warriors.
3. (i) Pengurusan KAFA yang berdaya maju serta profesional. Sejak Tan Sri Annuar Musa mengambil alih KAFA sekitar 2007, saya dapat lihat banyak perubahan positif yang dialami KAFA. Yang paling saya ingat, Tan Sri telah membawa beberapa pemain berkualiti untuk memperkuatkan cabaran Kelantan. Indra Putra mahyuddin, Khalid Jamlus serta Norfarhan telah dibawa ke Kota Bharu dan ini adalah isyarat jelas Tan Sri selaku presiden mahu Kelantan bangkit untuk bersaing dengan serius.
4. Saya juga dimaklumkan bahawa kebajikan pemain dijaga dengan baik. Gaji yang lumayan, pelbagai bonus dan insentif diperkenalkan. Begitu juga dengan penubuhan akademi bolasepak the red warriors atau ARMY. KAFA telah menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat melalui penajaan. Pendekatan Tan Sri yang 'business friendly' telah menarik rakan niaga yang lain untuk menaja KAFA. Kita boleh lihat nama-nama komersial seperti 'Happy', 'Alhamra', 'Yusmira' dan 'Sinar' terpampang di jersi Kelantan. Ini jelas memperlihatkan kesungguhan KAFA untuk menjadikan persatuan itu sebagai organisasi yang dinamik serta sesuai di jadikan contoh untuk diikuti oleh persatuan negeri yang lain.
5. (ii) Penyokong setia Kelantan iaitu The Red Warriors. Faktor kedua pula adalah pemain ke 12, iaitu penyokong setia the red warriors. Kehadiran yang sentiasa penuh ketika Kelantan beraksi di Stadium Sultan Mohamad ke 4 serta rombongan ke gelanggang lawan telah membantu pasukan itu beraksi dengan baik. kehadiran yang ramai itu juga telah membantu menambah tabung KAFA. Jika 30,000 penonton memenuhi stadium itu, anggaran sebanyak RM 300,000.00 secara kasar diperolehi KAFA setiap kali perlawanan diadakan di Kota Bharu. Sumbangan dari segi kewangan dan sokongan moral terbukti membantu Kelantan sepanjang musim ini sehingga bergelar juara.
6. Dari segi teknikal pula, pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada tahun lepas, mempunyai 'foundation' atau tulang belakang yang baik untuk diasah sehingga dapat menyerlahkan persembahan maksimum. Dari B Sathianathan hingga ke Datuk M. Karathu, barisan kejurulatihan yang berpengalaman juga dilihat antara faktor kebangkitan Kelantan. barisan pemain yang berdisiplin serta berbakat, dari khairul Fahmi Che mat hingga Norshahrul Idlan Talaha mahupun barisan pemain simpanan seperti Nizad Ayub, Faris Daniel dan Rizal Fahmi.
7. Semoga mereka akan meneruskan kecemerlangan di peringkat domestik serta asia seperti piala AFC tahun depan. Saya juga berharap pasukan Kelantan terus dapat menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti lantas dapat membantu pasukan kebangsaan mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Thursday, July 7, 2011
Kelayakan Olimpik: Malaysia beruntung diundi bersama Jepun
1. Saya memang sudah lama mengharapkan pasukan olimpik Malaysia untuk diundi bersama satu kumpulan dengan gergasi bolasepak asia , Jepun.
2. Setelah undian diadakan petang tadi di rumah AFC,Malaysia diletakkan di dalam kumpulan C bersama-sama Jepun , Syria dan Bahrain .
3. Ada satu sebab mengapa saya anggap peluang diundi bersama pasukan Jepun sebagai rahmat. Sebab utama adalah untuk karier pemain-pemain Harimau Muda itu sendiri. Jika dilihat perlawanan pembukaan kumpulan ini, Malaysia akan memulakan kempen menentang Jepun di halaman mereka sendiri September ini.
4. Peluang bermain menentang Jepun akan menyajikan pentas terbaik untuk pemain muda mempamer kemampuan mereka di tahap yang tinggi. Sudah tentu setiap perlawanan yang membabitkan pasukan Jepun akan diikuti oleh setiap ahli komuniti bolasepak di negara berkenaan. Dalam hal ini, tidak berkecuali golongan 'scout' atau pencari bakat yang mewakili kelab-kelab utama J League.
5. Jika Malaysia mampu mengejutkan Jepun di halaman mereka sendiri, juga konsisten di semua 6 perlawanan kumpulan C, maka peluang pemain muda negara untuk memikat kelab-kelab utama Jepun menjadi semakin cerah. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dan kerah setiap kemahiran yang ada untuk 6 perlawanan penting ini.
6. Jika Pemain muda negara ingin mengembangkan karier mereka dalam bolasepak, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kontrak profesional kelab bolasepak di Liga yang berkualiti seperti J League.
2. Setelah undian diadakan petang tadi di rumah AFC,

Sunday, July 3, 2011
Walaupun terluka, Harimau tetap mara ke pusingan kedua
1. Disember tahun lalu, walaupun tewas di tangan Indonesia 2-1 di jakarta, namun pasukan negara berjaya merangkul piala AFF hasil kelebihan agregat. Skrip yang hampir serupa berlaku sekali lagi sebentar tadi di Taipei.
2. Pasukan negara tewas 3-2 di tangan Chinese Taipei namun mara ke pusingan kedua hasil kelebihan jaringan di tempat lawan. Malaysia menang 2-1 rabu lalu di Bukit Jalil. Agregat 4-4 menunjukkan juara asia tenggara itu terpaksa bertungkus lumus menahan asakan pasukan yang dianggap bukan kuasa bolasepak benua asia.
3. Seperti tulisan saya sebelum ini, saya telah menjangkakan pasukan Malaysia sering didedahkan kelemahan mereka ketika bertahan. Pasukan kita tidak mempunyai masalah untuk mencipta gerakan, mampu membuat hantaran yang kemas, mampu menggerakkan pemain-pemain sayap untuk membuat larian penting ke kubu lawan, namun sekali lagi kita didedahkan oleh Chinese Taipei bahawa pasukan Malaysia agak 'lightweight' atau longgar ketika bola di kaki lawan.
4. Saya pernah mencadangkan supaya formasi diubah sedikit bagi mengekang pasukan lawan dari mendominasi bahagian tengah, namun Datuk K rajagobal tetap menggunakan formasi tradisional 4-4-2. Sistem yang beliau guna sejak sekian lama kadangkala boleh mengundang padah sekiranya tidak ada sebarang peningkatan atau 'improvement' yang diambil.
5. Jika kita bandingkan dengan skuad olimpik bimbingan Ong Kim Swee, mereka meletakkan 2 orang holding midfielder iaitu Gurusamy dan Gary Steven Robbart. Di sini, saya mengganggap OKS lebih realistik berbanding Datuk Raja yang mana OKS akan merangka strategi bergantung kepada jenis lawan yang akan dihadapinya.
6. Gandingan Safiq rahim dan Amar Rohidan memang terbukti berkesan di peringkat asia tenggara, tetapi apabila Malaysia bertemu lawan yang tidak diketahui kekuatannya, maka gandingan ini akan terdedah dengan asakan bertali arus pihak lawan. Soalnya, adakah gandingan Safiq-Amar masih kukuh untuk berdepan Singapura di pusingan kedua kelak?
7. Impak bahagian tengah yang longgar adalah, bahagian pertahanan akan kerap menerima asakan lawan. Tekanan yang bertali arus akan memaksa bahagian pertahanan membuat kesilapan lantas dihukum oleh jaringan-jaringan yang berjaya dicipta pasukan lawan. Perkara ini terbukti telah berlaku malam ini apabila barisan pertahanan memberi 3 sepakan penalti kepada Chinese Taipei. Kesilapan ini akibat daripada kelonggaran bahagian tengah menguasai persaingan bola, posession malah tiada 'tackling' yang berkesan bagi mengekang jentera lawan.
8. Saya enggan menyalahkan mana-mana pemain terhadap gagalnya kita mempersembahkan permainan sebagai juara asia tenggara, tetapi saya lihat perlunya datuk Raja merubah formasi dan pemain yang sesuai mengikut keperluan sesuatu perlawanan. Kita juga agak longgar bila berdepan serangan bola tinggi, seperti mana gol pertama Chinese Taipei di babak pertama.
9. Untuk perlawanan peringkat kedua 23 dan 28 julai nanti, saya berharap pasukan kebangsaan dapat memperbaiki kelemahan yang ada serta mempertingkatkan kualiti kerja berpasukan. Peluang-peluang yang diperolehi hendaklah diterjemahkan ke gawang lawan dengan berkesan. Walaupun harimau terluka di Taipei, namun saya percaya mereka mampu lakukan dengan lebih baik ketika bertemu seteru lama, sang singa. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!

Saturday, July 2, 2011
Jika ingin berhijrah ke Indonesia, sertailah Persipura Jayapura.
1. Saya sempat terbaca beberapa khabar angin yang mengaitkan pemain-pemain Malaysia (tak perlu disebut namanya) berminat untuk berhijrah ke Liga Super Indonesia.
2. Saya telah membaca dan meneliti beberapa aspek di Liga berkenaan, walaupun ianya tidak sesempurna liga J, Liga K ataupun Liga Australia, namun secara keseluruhannya LSI memang ada kelebihan berbanding Liga Super Malaysia.
3. Saya mula mengikuti LSI sejak penyerang kebangsaan Safee Sali menyertai Pelita Jaya Februari lalu. Saya juga kagum dengan kemampuan Safee dan rakan-rakan berjuang sehingga berjaya menyelamatkan Pelita Jaya dari zon penyingkiran.
4. Walaupun saya adalah penyokong setia Liga Super Malaysia, namun saya juga menghormati dan mengagumi tahap kompetitif LSI. Saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci aspek-aspek yang membuatkan LSI lebih kompetitif berbanding MSL, namun secara ringkas saya boleh simpulkan bahawa tidak rugi jika pemain Malaysia mencuba nasib di LSI.
5. Saya juga menyokong mana-mana pemain kebangsaan Malaysia untuk berhijrah ke Liga di luar negara, terutama liga yang kompetitif. Ini kerana berhijrah ke luar negara boleh membantu seseorang pemain untuk mempertingkatkan kualiti permainan di samping menambah pengalaman. Secara peribadi, jika ada pemain Malaysia lain yang akan berhijrah ke LSI, saya harap mereka akan berhijrah ke Persipura Jayapura.
6. Persipura Jayapura adalah sebuah kelab LSI yang berpengkalan di kota jayapura, di wilayah Papua. Musim ini mereka berjaya menjuarai LSI dan bakal beraksi di Liga Juara-Juara Asia. (AFC Champions League) musim hadapan. Oleh itu saya berharap pemain Malaysia dapat memikat juara LSI ini dan menyertai mereka untuk aksi musim depan.
7. Pasukan ini telah terbukti berkualiti, ketika ini sedang berentap di peringkat separuh akhir piala AFC (Pertandingan yang telah di abaikan oleh pasukan dari Malaysia). Mereka berpeluang untuk mencipta kemenangan berganda untuk musim ini.
8. Peluang untuk bermain di LSI dan Liga juara Asia telah menyajikan prospek yang sangat besar, sebagai karier dan juga pengalaman bagi mana-mana pemain profesional bolasepak. Oleh itu, jika ada pemain Malaysia yang ingin berhijrah ke Indonesia, maka pilihlah Persipura Jayapura sebagai destinasi anda, kerana kelab ini sedang menuju ke era kegemilangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)